A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Rakyat akan terus nikmati subsidi minyak masak

Rakyat akan terus nikmati subsidi minyak masak

Datuk Johari Abdul GhaniKUALA LUMPUR: : Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

“Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Johari bagaimanapun berkata langkah bagi mengatasi ketirisan subsidi minyak masak perlu diberi perhatian serta memuji ketegasan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu berkenaan.

“Apa yang berlaku subsidi minyak masak kerajaan beri diguna pakai untuk jualan eksport, itu yang kita nak kawal,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata lesen perniagaan pemborong dan pembekal minyak masak akan ditarik balik jika mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi mengaut keuntungan. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *