Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Rafizi Amalkan Politik Ala Machiavelli : Pemuda PAS

Rafizi Amalkan Politik Ala Machiavelli : Pemuda PAS

Mencegah kemungkaran yang berlaku adalah satu tindakan baik. Namun, menyebar fitnah dan menular sesuatu maklumat tanpa usul periksa semata-mata kerana meraih laba politik peribadi adalah satu tindakan keji.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Rafizi Ramli mengamalkan politik ala Machiavelli.

Secara tidak langsung, hal ini semakin memburukkan hubungan PAS dan PKR malah beliau turut menjadi penyebab kepada keretakan hubungan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Timbul persoalan, adakah tindakan Rafizi kebanyakannya tidak mendapat dukungan daripada kepimpinan PKR sepertimana yang berlaku dalam isu RUU355?

Sidang media semalam jelas menunjukkan Rafizi sedang menghakis kredibilitinya sendiri dengan tuduhan liar dan fitnah yang dilontarkan.

Rafizi mendakwa saluran dana SRC International daripada Perdana Menteri kepada bekas Timbalan Presiden PAS adalah bertujuan untuk melunakkan PAS untuk tidak terus membantah isu 1MDB (Strategi memegang PAS).

Malah, beberapa hari sebelum itu, Rafizi telah menuduh Presiden PAS hanya menyebut sekali sahaja perkataan 1MDB di Parlimen. Walhal, PAS secara keseluruhan, melalui mesyuarat dan keputusan parti telah jelas menyatakan pendirian tegas berhubung skandal kewangan 1MDB sejak tahun 2011 lagi.

Begitu juga dalam isu pembentangan RUU355. Rafizi mendakwa Speaker Dewan Rakyat dengan sengaja menyekat ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk berbahas walaupun sebenarnya Speaker menangguhkan perbahasan tersebut untuk dibahaskan dalam mesyuarat akan datang.

Sebelum itu juga, Rafizi telah menuduh Presiden PAS mempunyai muslihat dengan UMNO dalam membentangkan RUU355 tersebut. Walaupun hakikatnya, PAS telah berkali-kali menafikan kerjasama politik PAS-Umno dan sekarang PAS sedang menawarkan budaya politik matang dan sejahtera.

Sebaliknya, Rafizi tetap mendoktrinkan kerjasama tersebut dan melakukan penipuan berkali-kali semata-mata untuk mewujudkan persepsi ‘kebenaran’ kerjasama PAS-UMNO.

Tindakan politik ala Machiavelli Rafizi sebenarnya telah mengulangi fitnah jahat yang telah dilakukan olehnya dan Saifuddin Nasution terhadap bekas Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim. Rakyat masih ingat bagaimana mereka menjaja fitnah dossier 91 muka surat, melondeh maruah dan mengasak Khalid Ibrahim supaya dipecat.

Fitnah tersebut akhirnya telah menjadi faktor kritikal sehingga menyebabkan hubungan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat retak. Siapa yang mengadakan predictable propaganda untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga mengorbankan ADUN Kajang yang sah dipilih rakyat?

Kita tidak bertujuan untuk mengaibkan Rafizi, tetapi meminta dia menyedari banyak isu yang didedahkan telah menghakis kredibilitinya sebagai seorang ahli politik Muslim kerana terpalit dengan tuduhan liar dan fitnah. Antaranya ialah;

  1. Dakwaan Rafizi terhadap Kerajaan Malaysia yang membeli 6 buah kereta mewah jenis BMW ketika rakyat dihimpit tekanan kos sara hidup akibat pelaksanaan GST. Dakwaan ini telah dinafikan oleh pihak BMW Group Malaysia.
  2. Dakwaan Rafizi terhadap pihak pengurusan 1MDB yang melanggar syarat-syarat perjanjian sukuk dalam projek pembangunan Bandar Malaysia. Dakwaan ini telah dinafikan oleh pihak pengurusan 1MDB.
  3. Dakwaan Rafizi terhadap pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji kerana memberi jaminan korporat kepada syarikat TH Heavy Engineering Berhad. Pihak LTH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
  4. Dakwaan Rafizi terhadap pihak pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera berhubung dakwaan pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT. Pihak LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi.
  5. Dakwaan Rafizi berhubung permintaan wang dan habuan wanita dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali telah menempelak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah jahat dan jijik.
  6. Dakwaan Rafizi terhadap Pengerusi Eksekutif NFC berhubung kes pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi telah diperintahkan untuk membayar RM300,000 kepada defendan.
  7. Dakwaan Rafizi terhadap pengurusan LTH yang menyebabkan tabung dana rakyat menghadapi kedudukan kewangan yang lemah. Bekas CEO LTH sendiri telah menjelaskan secara terperinci kedudukan kewangan LTH dan menempelak sikap Rafizi yang cuba mencetuskan persepsi buruk.
  8. Terakhir, Rafizi mendakwa jumlah kes hakim Mahkamah Syariah yang ditahan dan ditangkap kerana rasuah adalah lebih tinggi daripada hakim Mahkamah Sivil. Tuduhan jahat ini telah disangkal secara keras oleh Persatuan Pegawai Syariah Malaysia.

Ini adalah sebahagian kes-kes tuduhan liar dan fitnah yang telah dilontarkan oleh Rafizi Ramli. Siri-siri kejahatan ini seharusnya menyedarkannya untuk sentiasa berhati-hati dalam berpolitik.

Politik adalah sebahagian daripada agama dan berpolitiklah dengan akhlak yang betul. Jauhi diri daripada mensensasikan isu untuk meraih populariti peribadi dan mengabaikan tuntutan dosa dan pahala.

Mencegah kemungkaran adalah tindakan yang baik, tetapi elakkan diri daripada melakukan fitnah, mengamalkan politik ala Machiavelli serta menimbulkan persepsi jahat.

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

About Keruing Hitam

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *