Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Puteri Selangor bawa usul buli pada PAU 2016 – Salbiah Saari

Puteri Selangor bawa usul buli pada PAU 2016 – Salbiah Saari

Isu buli di sekolah yang menjadi kebimbangan ibu bapa, menarik perhatian Puteri Umno Selangor untuk dibawa ke pentas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang akan berlangsung minggu depan.

Salbiah ShaariKetuanya, Salbiah Saari berkata, isu itu akan dibawa melalui usul pendidikan oleh Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Raja, Wan Fasehah Burhanudin.

“Isu buli sememangnya menjadi kebimbangan utama ibu bapa khususnya kaum ibu setiap kali menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menimba ilmu, tambahan pula isu ini seringkali dilaporkan di media cetak dan elektronik.

“Puteri Umno Selangor berharap dengan membawa isu ini suara kami akan didengar oleh pucuk pimpinan seterusnya mencari mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah buli ini daripada terus berleluasa,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata, perhimpunan kali ini diharap menjadi platform terbaik buat anggota dan kepimpinan parti memperkukuh perpaduan dalam kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Pada Perhimpunan Agung Umno nanti semua anggota dan kepimpinan parti perlu tolak ke tepi segala perselisihan, perbezaan dan bersama-sama rapatkan saf untuk membantu Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memastikan kemenangan besar pada PRU14,” katanya.

Mengenai peranan Puteri Umno Selangor menepis kebencian terhadap Umno yang ditanam dalam hati wanita muda, Salbiah yang juga Ketua Puteri Umno Tanjong Karang berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang membuka minda golongan itu menggunakan pendekatan tabayyun (menyelidik asas kebenaran) dalam sesuatu perkara atau berita yang diterima.

“Media sosial memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak muda tidak terpengaruh dengan anasir politik kebencian yang terus menerus dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab,” katanya.

Katanya Puteri Umno Selangor akan terus memikat hati wanita muda melalui hubungan berterusan seperti program Ziarah Kasih dan Permata Hatiku (ziarah ibu bersalin).

Salbiah berkata, hubungan baik dengan mahasiswa juga akan diteruskan dengan kerjasama sekretariat yang telah diwujudkan di peringkat Umno negeri.

“Puteri Umno Selangor juga akan menfokuskan kepada isu-isu berkaitan dengan wanita muda seperti permasalahan yang dihadapi oleh ibu tunggal muda, miskin bandar dan bantuan pendidikan melalui program-program bersesuaian.

“Contohnya Program Balik ke Sekolah yang dijalankan serentak oleh kesemua 22 pergerakan Puteri Umno bahagian di seluruh Selangor sejak tahun 2010 dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Isu kesihatan juga turut diambil perhatian bagi menjamin organisasi kekeluargaan yang stabil dan sejahtera,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *