A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PRU14 : Sembilan Peratus Lagi Jadi Penentu Kemenangan BN

PRU14 : Sembilan Peratus Lagi Jadi Penentu Kemenangan BN

Barisan Nasional (BN) Selangor dilihat mampu merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hasil pendekatannya meraih sokongan pengundi.

Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata berdasarkan pemerhatiannya, BN Selangor hanya memerlukan sembilan peratus gelombang perubahan pengundi atas pagar untuk merampas semula negeri ini.

“Saya lihat kita sudah mempunyai wajah kemenangan di negeri ini. Apa yang penting, kita jangan ada rasa was-was dalam perjuangan, kena bersatu, yakin dan setia pada ketua. Bila ada semangat ini tiada sebab kenapa kita tidak boleh raih kemenangan (dalam PRU),” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Tanjong Karang.

“Saya sudah membayangkan kemenangan UMNO menawan semula Selangor selepas pendekatan terbaik dilaksanakan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

“Umno Sabah juga belajar dari UMNO Selangor, jika mahu berperang, kena berani dan punyai pemikiran untuk menang. Berani lawan musuh politik dan berani beri penjelasan kepada rakyat, tambahnya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *