A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PRU14 : Jentera PAS Lega Bukan Lagi Tunggangan DAP, PKR

PRU14 : Jentera PAS Lega Bukan Lagi Tunggangan DAP, PKR

PAS ternyata tersenyum lega dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dengan keputusan itu jentera PAS tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sebagaimana berlaku dalam PRU-13.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, berkata DAP dan PKR tidak menghargai pengorbanan jentera parti itu sebelum ini apabila menentang agenda Islam PAS.

“Apabila DAP dan PKR memenangi PRU ke 13 dengan bantuan jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Justeru, PRU ke 14 jentera PAS akan fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang UMNO BN dan PH untuk menang minima 5 negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada PH yang telah menutup pintu rundingan dengan PAS malam tadi serta mengerah semua jentera mereka untuk bekerja dan mengetuai kempen di negeri yang sudah pun diagihkan menjelang PRU.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata PH bukan masa depan bagi rakyat Malaysia.

Ini kerana perjuangan mereka tidak merangkupi kepentingan rakyat seluruhnya, tetapi hanya jangka pendek mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri sahaja.

“PAS mahu menukar dasar berkerajaan berasaskan prinsip Islam yang meletak aqidah dan akhlak sebagai asas, dosa pahala sebagai neraca pertimbangan, syariat Islam sebagai landasan berekonomi dan bersosial serta menolak monopoli ekonomi oleh segelintir elit pemerintah, nepotisma dan kronisma serta pemborosan dalam pengurusan kewangannya,” tegasnya.

Justeru, Khairuddin berkata matlamat PAS dan PH jauh berbeza sekaligus adalah baiknya untuk terus tidak bekerjasama dalam perihal politik seperti dulu.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *