Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / PRU14: BN Perlu Lakukan Pemetaan Kawasan, Kenal Pasti Kehendak Pengundi

PRU14: BN Perlu Lakukan Pemetaan Kawasan, Kenal Pasti Kehendak Pengundi

23 Jun: Barisan Nasional (BN) harus melakukan pemetaan kawasan bagi mengetahui secara jelas kehendak pengundi jika berhasrat meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

wpid-841189_576763065685135_1414290034_o1

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata selain faktor calon, pemetaan kawasan pilihan raya yang dilakukan akan memudahkan parti merencana strategi ke arah memenuhi keperluan penduduk berdasarkan pemetaan yang dibuat.

“Ketika ini, BN tidak ada melakukan mapping disetiap kerusi yang ditandingi bagi mengetahui kehendak pengundi di kawasan tersebut, dan perlu diingat setiap kawasan, kehendak penduduk adalah berbeza-beza.

“Melalui pemetaan kawasan pilihan raya, parti boleh merencana strategi berdasarkan kemahuan setempat dan tindakan yang diambil tentunya akan lebih spesifik kepada apa yang dikehendaki penduduk,” katanya pada sidang media selepas Perbincangan Meja Bulat: Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14 di sini, hari ini.

Selain wakil badan bukan kerajaan, perbincangan lebih tiga jam itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN Prof Dr Jayum Jawan.

Shamsul Amri berkata pemerhatiannya mendapati kaedah itu mula dipraktikkan sama ada ‘secara sedar atau tidak’ semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan hasilnya BN memperoleh kemenangan besar dan luar biasa.

Walaupun faktor kemenangan itu dikaitkan dengan perpecahan dalam kalangan pembangkang, namun kejayaan BN di kedua-dua pilihan raya itu terhasil melalui keupayaannya mengenal pasti serta menangani keperluan sebenar penduduk seperti isu pertanian, perikanan dan jalan perhubungan, katanya.

“Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita lihat BN boleh lakukan pemetaan kawasan Parlimen, tetapi apakah ia boleh dibuat di setiap kawasan pilihan raya…itu cabaran utama selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Raduan berkata kemenangan besar BN pada kedua-dua PRK itu serta Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini seakan memberi nafas baharu kepada parti pemerintah untuk melonjak kejayaan lebih besar pada PRU ke-14 (PRU14) akan datang.

“Jika politik untuk menjuarai rakyat ini dipraktikkan, kemenangan dua pertiga undi boleh diraih BN kerana pengundi akhirnya akan memikirkan apakah yang politik boleh sajikan kepada kehidupan seharian mereka,” katanya.

— BERNAMA

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *