A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PRU awal sebelum Mei depan, BN kekal kuasa

PRU awal sebelum Mei depan, BN kekal kuasa

15 OGOS : Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk terus mengekalkan tampuk kuasa, kata penganalisis, Dr Shamsul Adabi Mamat yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan sebelum Mei 2017.

suasana pilihanrayaPenganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia mengambilkira kedudukan semasa UMNO-BN yang sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan tempoh sehingga Mei depan merupakan masa terbaik untuk PRU awal diadakan.

“Kalau UMNO inginkan kemenangan berterusan, mereka masih sempat mengawal situasi, tetapi perlu mengadakan PRU antara bulan Mac sehinggan Mei tahun hadapan, itu tempoh yang paling sesuai,”.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan sokongan rakyat kembali kepada pembangkang sekiranya parti serpihan UMNO, PRIBUMI yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mempengaruhi ahli UMNO untuk bersama mereka.

“Jika tidak, UMNO akan menghadapi cabaran yang mungkin berlakunya perpecahan sebab PRIBUMI mampu untuk menarik pengaruh ahli UMNO, dan jika ini berlaku, keadaan PRU kali ini akan menjadi berbeza,” katanya lagi.

Tambah Shamsul lagi, jika PRU diadakan lewat daripada tempoh tersebut, jumlah majoriti akan menghadapi kemerosotan yang lebih berbanding PRU lalu, sekaligus tidak akan mendapat dua pertiga majoriti.

“Kalau pada PRU 13 kita dapat lihat kerajaan hilang 8 kerusi parlimen, dalam PRU14 ini mungkin akan kehilangan banyak lagi kerusi yang dipegang tokoh-tokoh seperti Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Seri Shafie yang mungkin turut akan hilang, bermakna kemerosotan kerusi ini akan berterusan.

“Tapi kalau PRU dibuat lebih awal, mungkin perkara tersebut tidak akan berlaku,” ujarnya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *