A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Bahagian / Program Korban Perdana UMNO Tg Karang

Program Korban Perdana UMNO Tg Karang

Program Korban Perdana UMNO Bahagian Tanjong Karang telahpun berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Perkarangan Pusat Khidmat ADUN Permatang di Sungai Terap pada 13 Sept 2016.

Sebanyak 37 ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut. Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh pengerusi biro Agama Tuan Haji Saroji Bin Tijan.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Bahagian YB Tan Seri Noh Omar, Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak, ketua wanita pemuda dan puteri. Tidak ketinggalan pengerusi JKKKP dan ketua cawangan dalam bahagian Tanjong Karang.

Hasil daging korban diberikan kepada mereka yang layak menerimanya disetiap cawangan. Apa yang menariknya setiap kampung telah menghantar seramai 10 orang untuk membantu proses penyembelihan dan seterusnya melapah.

Program diakhiri dengan memakan sup tulang serta daging yang telah dimasak secara bergotong royong.

img-20160913-wa0068

img-20160913-wa0067

img-20160913-wa0071

img-20160913-wa0076

 

 

About RJ

Check Also

Noh rasmi pesta tanglung dan kuih bulan

Tan Seri Noh Omar hadir merasmikan Pesta Tanglung dan Sambutan Perayaan Kuih Bulan serta perasmian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *