A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / PRN Sarawak : BN menang 2 kerusi tanpa bertanding, DAP PKR terus bercakaran

PRN Sarawak : BN menang 2 kerusi tanpa bertanding, DAP PKR terus bercakaran

Ketidakfahaman yang ditunjukkan DAP dan PKR sehingga bertembung sesame sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak membuktikan sikap bercelaru kedua-dua parti pembangkang itu.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem percaya pembangkang gagal mencapai persetujuan apabila DAP dan PKR bertanding di kerusi yang sama atau mereka meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

null

“Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya pada sidang media selepas disahkan bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu,, Isnin.

Adenan bertanding satu lawan satu dengan wakil PKR, Jazolkipli Numan.

Selain itu katanya, kehadiran Jazolkipli tanpa ditemani pencadang dan penyokong turut memberi pentanda buruk kepada pembangkang.

Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong.

Kedua-dua parti turut mengemukakan pencalonan mereka di Murum.

Dalam pada itu, Adenan menyifatkan kejayaan BN Sarawak memenangi dua kerusi tanpa bertanding setakat ini masing-masing di Bukit Sari dan Bukit Kota, adalah isyarat jelas penerimaan rakyat terhadap keupayaan Tim Adenan melaksanakan agenda pembangunan di negeri ini.

Kerusi itu disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Abdul Rahman Ismail.

“Kita sudah menang dua kerusi (tanpa bertanding) hari ini yang jelas membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap BN Sarawak. Di beberapa kerusi pula, berlaku pertindihan antara parti pembangkang dan terpaksa bersaing sesama sendiri.

“Ia tentunya menjadi kelebihan BN Sarawak untuk mengekalkan penguasaan di kerusi lain, terutama di kerusi tradisi, selain melaksanakan misi menawan semula beberapa kerusi yan

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *