Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PRN Mengejut : Cubaan LGE letak kesalahan pada PKR menjerat diri sendiri

PRN Mengejut : Cubaan LGE letak kesalahan pada PKR menjerat diri sendiri

2 Ogos : Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut telah memakan dirinya sendiri, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bercakap mengenainya dan menyatakan dengan jelas bahawa pembahagian kerusi bukanlah isu bagi PKR menentang pilihan raya mengejut itu.

“Hanya seorang sahaja yang telah bercakap bohong dalam Pakatan Harapan berhubung pilihan raya mengejut itu. Jawapannya jelas dan kami percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap benar.

“Oleh itu, adakah Lim Guan Eng berbohong? Bolehkah beliau dan percakapannya dipercayai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr Wan Azizah melahirkan rasa terkejut berhubung dakwaan DAP mengenai isu pembahagian kerusi dan beliau berkata isu itu telah diselesaikan hasil perbincangan antara kedua-dua sekutu itu.

Ahad lepas, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan DAP tidak meneruskan hasrat mengadakan PRN lebih awal berikutan kegagalan untuk mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada sekutunya.

Rakan DAP dalam pakatan itu, Parti Amanah Negara menyokong cadangan pilihan raya mengejut itu.

Chang Yeow yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata Lim akan menyalahkan yang lain terutama Barisan Nasional setiap kali beliau mempunyai peluang, untuk menonjolkan dirinya.

Beliau juga membidas kenyataan Guan Eng bahawa Umno dan Gerakan Pulau Pinang tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai isu-isu tertentu termasuk cadangan supaya persidangan khas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap ketua menteri.

“Gerakan Pulau Pinang tidak terikat kepada Umno Pulau Pinang, tidak seperti DAP. Episod pilihan raya mengejut ini membuktikan DAP tunduk kepada PKR walaupun memiliki jumlah kerusi terbanyak di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata wakil BN akan berbincang secara mendalam mengenai usul undi tidak percaya itu.

Beliau berkata Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid akan membuat kenyataan mengenai perkara itu selepas pulang dari luar negara. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *