Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PPBM Parti Tiada Ketentuan Arah – Haji Hadi

PPBM Parti Tiada Ketentuan Arah – Haji Hadi

PAS menutup pintu untuk bekerjasama dengan PPBM, tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, segala pertimbangan sudahpun dibuat dan mendapati PPBM sebuah parti yang tiada hala tuju atau pimpinan yang jelas.

“Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak sama. Kita sudah nilaian, parti Pribumi (adalah) parti yang tiada ketentuan arah.

“Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam, siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu,” ujar Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Mukatamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Sabtu.

Penegasan Abdul Hadi itu sekaligus menamatkan segala spekulasi sebelum bahawa dua parti itu mungkin akan berkerjasama menuju pilihan raya umum akan datang.

Pada mulanya hubungan kedua-dua parti itu agak lancar, dilihat beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu memutuskan menyertai Pakatan Harapan (PH), 20 Mac lalu.

PAS sebelum itu menyatakan, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.

Manakala mengenai status hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politiknya bersama PKR, tegas Hadi ia hanya akan dibuat apabila tiba masa yang sesuai tanpa mendedahkan bila keputusan itu akan dibuat selepas suara desakan untuk melihat kerjasama PAS-PKR ditamatkan kuat dilaungkan perwakilan sepanjang Muktamar PAS Ke-63.

“Itu (keputusan kerjasama politik PAS-PKR) akan diketahui semasa ke semasa…hubungan ini ada syaratnya dan apabila ia sudah bercanggah dengan syarat dan moral kerjasama, maka PAS akan buat keputusan,” katanya

Semalam, Muktamar Dewan Pemuda PAS menerima sebulat suara usul cerai ‘talak tiga’ PAS ke atas PKR untuk menamatkan tahaluf siyasi yang selaras dengan keputusan dibuat Dewan Ulama PAS sehari sebelum itu.

Abdul Hadi, ketika ditanya mengenai sasaran PAS untuk menang di 40 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, menegaskan ia sebagai suatu yang realistik berbanding cawangan dimiliki parti itu di 195 kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Kita adalah parti yang berpijak di bumi nyata…kita ada cawangan di 195 daripada 222 kawasan Parlimen, jadi sasaran 40 kerusi itu tidak ekstrem.

“Kalau nak kira sasaran itu masih lagi sederhana, tetapi ia bersifat realistik…ada parti lain tak ada cawangan pun tetap bergantung kepada jentera PAS yang bergerak di seluruh negara,” katanya tanpa merujuk mana-mana parti.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *