Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Dari Blog Pilihan / PPBM dan PAN hanya sekadar penumpang dalam PH

PPBM dan PAN hanya sekadar penumpang dalam PH

Gesaan PKR Selangor agar Parti Pribumi Bersatu (PPBM) serta Amanah bertanding di kerusi selain Selangor dan Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang, membayangkan dua parti politik itu bakal melalui jalan politik yang sukar.
Penganalisis politik, Edwin Michael berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafie yang mencadangkan agar PPBM dan Amanah mengintai peluang di negeri yang bukan ditadbir Pakatan Harapan (PH).
“Ini adalah satu signal bahawa PPBM diterima sebagai rakan dalam PH tetapi tidak diterima dalam konteks pembahagian kerusi. Mereka mengatakan kita berkongsi ideologi yang sama tetapi itu tidak bermakna kita akan memberikan anda (PPBM) kerusi.
“Ini adalah sebagai satu gimik politik, pada awalnya dilihat terlalu gah kononnya mereka akan membentuk satu pakatan yang sangat kuat untuk jatuhkan BN tetapi sebaik timbul isu pengagihan kerusi kita dah nampak wajah sebenar pembangkang yang bercakaran sesama sendiri dan memberi amaran keras,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Belum pun seminggu usia perjanjian persefahaman antara DAP, PKR, Amanah dan PPBM bagi meletakkan hanya satu calon bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini, pemimpin parti tertentu mula mengeluarkan kenyataan provokasi sesama mereka.
Bukan hanya Suhaimi, Naib Pengerusi PKR, Tian Chua juga mencadangkan agar PPBM memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi di kawasan Melayu dan bukannya mengharapkan peluang itu diberikan oleh PH.
Tian Chua yang dipetik laporan akhbar berbahasa Ingggeris berkata, PH tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.
“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.
“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.
“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.
Mengulas lanjut, Edwin berkata beliau amat yakin ‘kejadian’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal berulang kembali.
Ini kerana ujarnya, perkara itu sudah dapat dilihat apabila PKR mahu merebut kerusi Parlimen Sg Siput yang dimiliki Parti Sosialis Malaysia (PSM).
“Kalau benarlah pilihan raya umum tahun depan, saya rasa PH sebenarnya tidak bersedia sama sekali untuk berdepan lebih-lebih lagi melibatkan soal kerusi.
“Kita boleh anggap drama yang sama juga akan berulang dalam PRU akan datang nanti, satu indikator yang jelas dapat dilihat sekarang adalah kerusi Parlimen Sg Siput yang dimiliki PSM.
“Ada ura-ura mengatakan bahawa PKR mahu meletakkan calon di kerusi tersebut dan mendapat amaran daripada PSM untuk tidak menganggu kerusi berkenaan,” ujar beliau lagi.
Bersatu Amanah
PRN Sarawak dan dua PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PH. Tindakan tidak sepakat parti pembangkang itu menyaksikan BN menang besar pada tiga PRK itu.
BN juga berjaya menambah jumlah majoriti yang besar berbanding pilihan raya sebelumnya.
– antarapos

About RJ

Check Also

VIDEO : MAHATHIR DIKUTUK SEMASA HADIR DI KONVENSYEN REFORMIS !

Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *