For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Power Bank Rekaan Pelajar MRSM Raih Anugerah Utama Di Geneva

Power Bank Rekaan Pelajar MRSM Raih Anugerah Utama Di Geneva

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu, mencipta kejutan apabila berjaya merangkul pingat emas dan anugerah ciptaan terbaik keseluruhan pertandingan reka cipta di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Geneva 2016 di Switzerland.

Kemenangan itu diraih pelajar tingkatan lima, Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi melalui ciptaan mereka ‘Power Bank: EXIECO PB’ untuk mengetepikan cabaran 1,000 peserta lain daripada 48 negara pada pertandingan yang berlangsung dari 13 hingga 17 April.

Berkongsi kegembiraan tersebut, Ahmad Asyraf Aqil berkata idea rekaan power bank yang kuasanya dijana melalui air garam itu, tercetus daripada pengalamannya berdepan masalah bekalan elektrik ketika rumahnya dilanda banjir.

Pelajar berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata idea itu kemudian dikembangkan kepada rakan-rakan di MRSM sebelum memutuskan untuk membangunkan produk mesra alam tersebut.

Beliau ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, menerusi penerbangan dari Dubai, hari ini. Ketibaannya dan Ahmad Luqmanul Hakim yang diiringi guru pembimbing, Anuar Ghani disambut Ketua Penolong Pengarah (Biologi) Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Tanty Kesuma Dewi.

Beliau berkata selain mampu menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, rekaan yang dikhususkan untuk pengecasan telefon pintar itu juga adalah ringan, mesra alam dan mesra pengguna.

Ahmad Asyraf Aqil berkata power bank itu dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen utama iaitu arang, aluminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.

“Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan,” katanya.

Katanya selepas diumumkan sebagai pemenang utama keseluruhan bagi hadiah yang ditaja kerajaan Mesir itu, produk ciptaan mereka telah menarik perhatian wakil daripada beberapa negara seperti Nigeria dan Algeria yang menyatakan hasrat untuk memasarkannya di negara masing-masing selepas dipatenkan.

Hasrat itu telah dipanjangkan kepada pihak MRSM untuk menguruskannya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum ciptaan dapat dipasarkan di negara berkenaan, katanya.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *