A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Politik Gangster Tidak asihat Untuk Negara – Salleh Said Keruak

Politik Gangster Tidak asihat Untuk Negara – Salleh Said Keruak

Budaya politik gengsterisme bukan budaya masyarakat negara ini dan tidak sepatutnya diamalkan di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, insiden kekecohan di sebuah program forum anjuran pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana tidak sihat untuk politik negara.

“Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang.

“Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan dan keempat, ingatlah politik gengsterisme bukan budaya politik kita,” kata Salleh dalam laman blognya hari ini.

Bendahari UMNO itu mengulas reaksi terhadap kejadian yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 anjuran PPBM di Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu Salleh membidas pimpinan pembangkang termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa insiden itu didalangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya pun tidak tahu dari mana Azmin mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh Perdana Menteri dalang kejadian ini,” katanya.

Tambah bekas Speaker DUN Sabah itu, pemimpin parti politik lain sepatutnya mencontohi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengecam insiden kekecohan itu.

“Kenyataan Khairy juga melampaui sempadan politik.

“Respons sebeginilah yang saya harapkan juga daripada pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepanjang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini,” kata Salleh

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *