Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / PKR alat untuk jadikan Anwar PM – James Masing

PKR alat untuk jadikan Anwar PM – James Masing

James Masing Anwar

03 Okt : PKR hanyalah alat untuk “membalas dendam” terhadap penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan bertujuan memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata demikian berhubung pembelotan beberapa pemimpin PKR di Sabah kepada parti baharu.

Beliau berkata, tujuan utama PKR semata-mata untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.

Semalam, Adun Klias Lajim Ukin meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sabah bagi membentuk parti sendiri, manakala Adun Moyog Terrence Siambun berkata beliau meninggalkan PKR bagi menyertai parti baharu yang diwujudkan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Kedua-duanya mendakwa meninggalkan PKR disebabkan ‘platform tempatan’ yang lebih baik bagi pengundi mereka.

“Saya tidak terkejut wakil rakyat PKR keluar parti. Apa yang mengejutkan saya adalah mereka mengambil masa begitu lama untuk menyedari yang ideologi parti itu tidak mempunyai kaitan dengan Sabah dan Sarawak,” kata Masing dalam mesej WhatsApp hari ini.

Anwar dipecat bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan rasuah dan liwat. Beliau kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 6 tahun kerana kesalahan rasuah.

Pemimpin de-facto Pakatan itu kini menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat.

Masing berkata kewujudan PKR semata-mata untuk “membalas dendam” bagi pihak Anwar.

“PKR ditubuhkan untuk membalas dendam pemecatan kejam terhadap Anwar oleh Mahathir dan Umno.

“Ia tidak mempunyai ideologi atau apa-apa faedah langsung kepada kedua-dua negeri Malaysia Timur. Ia semata-mata bagi membalas dendam. Anwar lawan Mahathir dan Umno!

“Lebih awal wakil rakyat PKR keluar daripada PKR di Sabah dan Sarawak, lebih baik bagi Sabah dan Sarawak. Lebih cepat kita boleh bersatu dan menuntut hak kami, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.”

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen percaya DAP Sabah akan menjadi lebih kuat memandangkan “episod ini ibarat proses membuang buah yang busuk agar hanya tinggal buah yang elok”.

Adun Likas Junz Wong mengumumkan beliau keluar parti semalam, tetapi masih belum mendedahkan langkah seterusnya.

“Dalam mesej kepada mereka yang keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen ‘parti tempatan’, komen saya adalah mereka ahli politik yang oportunis,” kata Chong.

Chong yang juga Ahli Parlimen Kuching, menyifatkan parti politik bersifat kedaerahan “satu lagi bentuk politik perkauman yang digunakan Umno untuk memecahbelahkan rakyat bagi mengukuhkan kedudukan pemerintahan mereka.”

“Sentimen kedaerahan dan perkauman juga digunakan oleh parti pemerintah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting negara dan untuk merasionalkan kronisme dengan mengorbankan rakyat dan negeri ini.”

Beliau berkata mereka yang keluar daripada DAP dan PKR terpaksa menggunakan hujah yang hanya parti tempatan mampu berjuang untuk negeri itu.

Beliau berkata hujah sedemikian serupa hujah BN yang “hanya orang Melayu boleh memperjuangkan hak-hak Melayu” atau “hanya Cina boleh berjuang untuk hak-hak Cina”.

“Parti-parti tempatan di Sabah sama sahaja dengan rakan seperjuangan di Sarawak.

“Sabah pernah diperintah oleh parti tempatan Sabah. Akhirnya, kerana beberapa kepentingan peribadi, para pemimpin parti tempatan menyertai BN dan bersama-sama mengeksploitasi rakyat Sabah. Kini Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia,” kata Chong.

“Nilai sebuah parti politik tidak bergantung kepada sama ada ia berasaskan perkauman atau tempat.

“Ia bergantung kepada ideologi dan rekod perjuangan masa lalu parti untuk rakyat.”

Chong turut menyangkal kenyataan Presiden Parti Reformasi Sarawak Lina Soo yang tidak terkejut mendengar pembelotan itu dan mendakwa PKR serta DAP adalah parti berpangkalan di Semenanjung yang tidak sebenarnya berkhidmat kepada rakyat Malaysia Timur.

“Parti Melayu mempunyai agenda Melayu mereka sendiri, dan hanya parti Sarawak akan berjuang secara telus demi kepentingan Sarawak, tanpa gangguan daripada pakar politik yang beribu kilometer jauhnya,” tegas Lina.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *