A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PKNS Kembalikan Matlamat Asal Penubuhan – Sultan Selangor

PKNS Kembalikan Matlamat Asal Penubuhan – Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus membina rumah mampu milik, terutama untuk golongan berpendapatan rendah.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, PKNS adalah satu-satunya badan pembangunan negeri untuk orang Melayu berpendapatan rendah.

Titah baginda usaha itu selaras dengan matlamat asal penubuhan PKNS pada 1 Ogos 1964 oleh Menteri Besar Selangor kelapan, Allahyarham Datuk Harun Idris, iaitu bagi membantu masyarakat Melayu memiliki rumah dan kediaman selesa di negeri tersebut.

“Mengimbas kembali sejarah ketika penubuhan PKNS, keadaan orang Melayu pada masa itu merosot dan tidak mempunyai rumah atau tanah untuk kediaman sempurna, ditambah penghijrahan penduduk dari luar negeri Selangor.

“Orang Melayu ketika itu tidak mempunyai rumah atau tanah. Mereka tinggal di rumah setinggan yang tidak dibina dengan elok, tidak selamat diduduki serta tidak terurus dan tidak teratur.

“PKNS telah membina rumah kos rendah, memberi lot tapak rumah kepada yang layak dan membuka perkampungan baharu yang tersusun.

“PKNS juga menguruskan pinjaman dengan cara ansuran yang rendah dan berpatutan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat PKNS, di sini, hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda turut diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah berdukacita kerana generasi baharu PKNS sudah lupa terhadap tujuan penubuhan PKNS.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah percaya, pengurusan PKNS kini akan kembali ke matlamat asalnya, selain mahu Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak dianggotai ahli politik semata-mata.

“Ahli Lembaga Pengarah PKNS harus seimbang dan dilantik juga dalam kalangan profesional supaya boleh memberi pandangan, buah fikiran, nasihat dan tunjuk ajar dalam sektor pembangunan dan hartanah,” titah baginda.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *