A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Pilihan raya mengejut: Guan Eng ketakutan tunggu kata putus PH esok

Pilihan raya mengejut: Guan Eng ketakutan tunggu kata putus PH esok

23 JULAI: Nampaknya selagi tidak mendapat kata putus daripada rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak akan duduk diam sehinggalah mendapat persetujuan.

Panas bontot kedudukannya bakal tergugat di Pulau Pinang, Guan Eng tetap berkeras mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri yang ditadbirnya ketika ini kononnya bukan untuk dirinya tetapi ia adalah untuk nasib penduduk Pulau Pinang.

Katanya parti itu sedang menunggu persetujuan daripada PKR dan PAN berhubung cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Bercakap kepada media pada Sabtu Guan Eng membayangkan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila kedua-dua pihak mencapai persefahaman mengenainya.

lge retakDAP berpendapat kami perlu mengadakan pilihan raya negeri.

“Seperti yang saya katakan ia bukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng tak boleh diselamatkan.

“Tetapi ia adalah untuk menyelamatkan Malaysia, dan menyelamatkan Pulau Pinang,” katanya selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di George Town, hari ini.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang sedang berdepan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan tuduhan pengezonan semula sebidang tanah pertanian menjadi komersial.

ADUN Air Puteh itu juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn yang dikatakan lebih rendah daripada nilai pasaran.

Penjual banglo itu Phang Li Khoon juga didakwa di mahkamah yang sama.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengendalikan kes Guan Eng.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy memaklumkan DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.

“DAP bersikap jelas berhubung isu pilihan raya negeri dan apa yang diperlukan kini adalah persetujuan bersama daripada PKR (serta Parti Amanah Negara).

“Kami mengadakan mesyuarat para Ahad. Kita tunggu pengumuman mengenainya,” katanya lagi.

Rabu lalu Guan Eng memaklumkan DAP tidak akan membuat keputusan sepihak berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri sebaliknya terus berbincang dengan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *