Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Phang cuba lindungi Guan Eng jika menipu SD?

Phang cuba lindungi Guan Eng jika menipu SD?

Peguam, Datuk Zulkifli Noordin mendesak agar pihak polis menyegerakan siasatan akuan bersumpah bekas pemilik banglo, Phang Li Koon selepas pendedahan tauke Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), Datuk Tang Yong Chew, Jumaat lalu.

PHANG SPRMDalam laporan tersebut, Yong Chew mengesahkan bahawa Phang Li Koon, pemilik banglo yang dijual kepada Lim Guan Eng di bawah harga pasaran dengan nilai hanya RM2.8 juta adalah rakan kongsi dan pekerjanya dalam beberapa syarikat di Pulau Pinang.

Menurut ahli perniagaan itu, beliau mempunyai hubungan kerja dengan Phang selama lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja biasa sehingga kemudian meningkat menjadi rakan kongsi perniagaan.

“Dalam hal ini, polis perlu menyiasat segera pendedahan yang dibuat, kalau betul akuan bersumpah yang Phang buat sebelum ini adalah palsu, maka tindakan pendakwaan perlu diambil terhadap beliau.

“Kita tak tahu apa yang dia cuba selindungkan jika akuan bersumpah itu benar-benar palsu, mungkin untuk melindungi Guan Eng? Sebab itu kita minta polis siasat segera tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Isnin.

Terdahulu, laporan eksklusif Nanyang Siang Pau melaporkan yang Tang secara terbuka mengakui bahawa pemilik asal banglo ‘murah’ di Jalan Pinhorn, George Town yang dijual kepada Guan Eng iaitu Phang merupakanphang li koon dan syarikatbekas kakitangan dan kini rakan niaganya.

Kata Yong Chew, Phang dipilihnya sebagai individu yang boleh dipercayai bertanggungjawab penuh dalam menjaga kepentingan perniagaan beliau sendiri di Pulau Pinang selama ini.

Kenyataan tokoh korporat itu sekaligus memberi tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa kononnya wanita tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan pihak kerajaan negeri.

Sebelum ini juga, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab memaklumkan bahawa Phang telah memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat beberapa pihak mengenai akuan bersumpahnya.

SPRM turut melaporkan ahli perniagaan itu telah disoal siasat berhubung kes berkenaan dan beliau merupakan antara 33 individu yang telah disoal siasat oleh mereka setakat ini.

Apa pun, perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa Setiausaha Agung DAP itu sudah mengeluarkan kenyataan berputar belit mengenai hubungkait pembelian banglonya dengan penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis.

Zulkifli NordinPenafian Phang pula bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang tambah mencurigakan lantaran bukti-bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Sekali gus, rakyat wajar mempersoalkan falsafah ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ yang kononnya menjadi ‘undang-undang’ dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan aspek pengurusan Setiausaha Agung DAP sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

Berikut adalah akaun bersumpah yang dibuat Phang Li Koon sebelum ini.

AKUAN BERSUMPAH

Saya, PHANG LI KOON (No. K/P. XXXX-XX-XXXX), seorang warganegara Malaysia yang menetap di XXXX dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa:

Saya mula mengenali keluarga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang sejak 2008. Sejak itu, saya menjadi kawan karib isteri beliau, Betty Chew kerana sifatnya yang peramah dan rendah hati.

Pada 2008, saya telah membeli sebuah rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dengan harga RM2.5 juta dan membuat ubah suai dengan niat untuk membolehkan abang saya menetap di rumah itu. Bagaimanapun selepas saya mendapat tahu daripada isteri KM bahawa beliau sedang mencari rumah untuk disewa kerana mengalami masalah anai-anai di kediaman rasminya, saya membuat keputusan untuk menawarkan rumah saya untuk disewa kepada mereka. Perjanjian penyewaan rumah telah dipersetujui dan ditandatangani pada 1/7/2009 bagi tempoh 3 tahun dengan kadar sewa RM5,000 sebulan tetapi kemudian tempoh itu dilanjutkan untuk 3 tahun lagi sehingga 30/6/2015.

Pada masa itu saya merasa bangga dapat menyewakan rumah saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluarganya dan juga dapat membantu mereka mengatasi masalah rumah.

Bagaimanapun, menyewakan rumah kepada mereka telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu. Pada masa itu saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut. Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat.

Berita-berita disiarkan tanpa henti tentang rumah tersebut dengan menyiarkan alamat dan gambarnya sekali di dalam akhbar-akhbar. Saya merasa sangat tidak selesa, kerana jika suatu hari nanti saya atau mana-mana ahli keluarga dan sanak-saudara mahu menetap di sana pada masa depan, saya tidak akan merasa selamat dan terjamin untuk tinggal di sebuah rumah yang amat terdedah serta terlalu diketahui umum.

Jadi pada awal tahun 2012, saya secara lisan telah memberitahu isteri KM, Betty Chew bahawa jika mereka bersedia dan sanggup membeli rumah tersebut, saya akan menjual kepada mereka dengan harga RM2.8 juta. Saya dimaklumkan bahawa Betty berminat tetapi KM bimbang beliau tidak mampu membelinya jika tidak dipilih semula sebagai Ketua Menteri. Jadi Betty bertanya sama ada saya masih sanggup menjual rumah itu kepada mereka dengan harga yang sama RM2.8 juta selepas pilihanraya umum ke-13.

Bagaimanapun, selepas pilihanraya umum ke-13 pada 2013, isteri KM memberitahu saya mereka memerlukan masa lagi untuk membeli rumah tersebut dan beliau meminta saya memberi pilihan kepadanya untuk membelinya pada suatu tarikh akan datang apabila mereka bersedia berbuat demikian. Pada 2014 KM dan saya telah membuat perjanjian bertarikh 23.6.2014 di mana saya bersetuju untuk memberi pilihan kepada beliau tempoh 5 tahun untuk membeli rumah tersebut pada harga RM2.8 juta sejajar dengan pembayaran KM kepada saya sebanyak RM100,000-00. Sementara menunggu pelaksanaan pilihan itu, saya akan terus membenarkan KM dan keluarganya untuk kekal menyewa rumah tersebut.

Beberapa waktu sebelum lanjutan penyewaan rumah cukup tempohnya pada 20/6/2015, saya telah membuat keputusan muktamad untuk menjual rumah tersebut. Saya adalah seorang usahawan dan saya tidak mahu hidup dalam tekanan dan melihat nama saya terpapar dalam akhbar-akhbar dan media sosial secara berterusan terutamanya apabila mereka yang tidak sensitif mahu menyerang KM atau membangkitkan isu tanah Taman Manggis yang mana saya tidak terlibat sama sekali. Saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut kerana ia telah menimbulkan pelbagai publisiti yang saya tak perlukan serta tuduhan-tuduhan dari semasa ke semasa.

Saya sekali lagi bertanya kepada isteri KM, Betty untuk meminta KM memutuskan pilihan untuk membeli. Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada KM pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian. Saya sudah mempunyai KM sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada Perjanjian bertarikh 23.6.2014 berhubung harga jualan yang telah dipersetujui.

Selepas isteri KM, Betty memberitahu saya bahawa mereka telah berjaya mendapat pinjaman perumahan, kami membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian membeli rumah pada harga yang kami telah persetujui dahulu, iaitu RM2.8 juta. Daripada rekod simpanan saya, perjanjian jual beli itu ditandatangani pada 28.7.2015 dan pihak bank telah mengeluarkan jumlah penuh pinjaman pada Oktober 2015.

KM dan keluarganya menjadi penyewa yang baik sepanjang 6 tahun. Bagi saya, KM adalah seorang pemimpin yang dihormati dan saya rasa bangga dapat menjual rumah saya kepada beliau. Saya rasa Pulau Pinang telah berjaya membangun di bawah pentadbiran beliau. Lebih penting lagi saya telah menjual rumah saya kepada orang yang saya hormati. Saya tidak menyesal menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya telah membebaskan diri saya daripada masalah dan tekanan yang saya tidak perlukan.

Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri. Saya juga tidak mendapat sebarang hasil daripada Kerajaan Negeri apabila saya menjual rumah kepada beliau. Ia adalah keputusan saya sendiri untuk menentukan harga menjual rumah kepada KM. Saya tegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau di bawah apa-apa pengaruh daripada KM atau mana-mana pihak untuk menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya menjualnya atas kerelaan saya sendiri atas dasar pembeli dan penjual yang sama-sama rela.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya bukan seorang pengarah atau pemegang saham syarikat KLIDC yang telah berjaya mendapat tanah Taman Manggis yang ditender secara terbuka. Saya juga tidak terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut. Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak jika mereka cuba membuat menimbulkan sebarang kaitan dengan saya yang tidak ada kena-mengena bagi menyulitkan perkara ini dan mengheret saya ke dalam kontroversi ini.

Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut dalamnya adalah benar, serta menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya )

diakui oleh yang tersebut namanya di atas )

di George Town )

di Negeri Pulau Pinang ) ……………………….

pada tarikh 22 Mac 2016 ) PHANG LI KOON

 

Di hadapan saya,

…………………………………….

  1. PESURUHJAYA SUMPAH

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *