A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PH Beri Mandat Pada Gandingan Lama Mahathir – Anwar, Cicirkan Kit Siang

PH Beri Mandat Pada Gandingan Lama Mahathir – Anwar, Cicirkan Kit Siang

Selepas 19 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergandingan. Kali ini sebagai pembangkang selepas dipilih mengetuai Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-14.

Bagaimanapun Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tercicir daripada senarai tidak kelihatan ketika pengumuman dilakukan selepas empat jam mesyuarat di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, malam semalam.

Senarai itu menyaksikan Anwar yang sedang dipenjara di Sungai Buloh, diangkat menjadi Ketua Umum, manakala bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir hanya dilantik sebagai pengerusi.

Manakala jawatan Presiden dipegang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagi jawatan Timbalan dipangku oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAN, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Empat orang Naib Presiden adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak sebagai Ketua Setiausaha manakala wakil rakyat DAP, M Kulasegaran dilantik menjadi Bendahari.

Sementara itu, selain Kit Siang, dua ketua negeri terkaya negara iaitu Guan Eng dan Azmin Ali juga tidak hadir, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa berkemungkinan senarai berkenaan tidak dipersetujui semua pihak dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Malah terdapat juga spekulasi bahawa Pakatan Harapan masih gagal menghantar pendaftaran mereka sebagai sebuah gabungan sah kepada Pendaftar Pertubuhan (Ros) susulan terdapat pertikaian terhadap senarai keanggotaan Majlis Presiden,

Bagaimanapun semasa pengumuman, Dr Mahathir mendakwa kesemua pihak bersetuju dengan struktur berkenaan.

Sebelum ini, sebuah portal berita meramalkan bahawa Kit Siang tiada dalam senarai Majlis Presiden sehingga menimbulkan persoalan apakah fungsi sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO enggan mengulas lanjut terutama berkaitan calon perdana menteri mereka.

“Yang itu kita akan isytihar tak lama lagi.

“Buat masa ini, kita akan menumpukan pendaftarkan pada ROS sebagai sebuah parti sejurus selesai melengkapi semua struktur organisasi,” kata beliau yang juga melancarkan logo baharu Pakatan Harapan yang mempunyai warna sama seperti logo PPBM.

Walaupun tidak menamakan calon Perdana Menteri mereka, Dr Mahathir menegaskan bahawa pihak pembangkang akan memberi komitmen tinggi bagi membebaskan Anwar jika parti itu berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.

Namun Anwar dilihat adalah calon utama menjadi Perdana Menteri selepas diangkat dalam posisi Ketua Umum.

Di dalam sistem politik Indonesia, Ketua Umum selalunya diangkat menjadi ketua negara bagi membentuk kerajaan sekiranya sesebuah parti mendominasi pilihanraya umum.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *