A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Peruntukan Kerajaan Pusat Berdasarkan Al-Rahman & Al-Rahim

Peruntukan Kerajaan Pusat Berdasarkan Al-Rahman & Al-Rahim

Pembangkang tidak perlu melatah dengan membuat tuduhan melulu bahawa Kerajaan Persekutuan bersikap diskriminasi dengan tidak memberi peruntukan pembangunan kepada kepada kawasan palimen dimenangi mereka.

Sebaliknya agihan peruntukan tetap disalurkan berpandukan konsep Al-Rahman dan Al-Rahim dalam mentadbir negara.

Menurut Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad, terdapat perbezaaan ketara dalam penerapan dua konsep berkenan yang perlu diperhalusi oleh pembangkang.

“Dalam Al-Rahman bermaksud apa yang patut diberi kepada rakyat, perlu diberi kepada rakyat, kerana itu adalah keperluan untuk rakyat.

“Tapi bagi mereka yang berada di kawasan yang menyokong kuat kepada kerajaan, pendekatannya adalah melalui Al-Rahim, bermakna mereka ni bukan sahaja mendapat seperti rakyat lain tetapi juga lebih. Ini kerana mereka dapat apa yang mereka inginkan,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) kepada BNBBC.my portal, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Ahli Parlimen pembangkang berdasarkan kepada pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Menterinya, Tan Sri Noh Omar, dilaporkan berkata peruntukan untuk kelulusan projek Berkuasa Tempatan (BP1) adalah terhad dan hanya mengutamakan pihak yang memohon sahaja serta pelaksanaan di kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN)

Noh juga menepis dakwaan Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mendakwa berlaku diskriminasi.

Sementara itu Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali juga bersetuju dengan pendapat dengan Dr Latiff serta mengesa pembangkang menilai setiap pembangunan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan pembangkang khususnya di Selangor.

“Sedangkan sudah banyak pembangunan dan masalah rakyat di Selangor yang dipimpin pembangkang namun tetap di selesaikan oleh kerajaan, Menteri sudah tentu buat kajian dan pertimbangan yang mendalam sebelum mengagihkan peruntukan pembangunan ini.

“Sudah tentu keutamaan pada wakil rakyat BN yang lebih fokus dan sentiasa mendahulukan rakyat, sedangkan ahli parlimen pembangkang sentiasa sibuk cari kelemahan Kerajaan Pusat.

Dr Noor Azmi bagaimanapun percaya permohonan oleh pembangkang boleh diluluskan mengikut pertimbangan kementerian berkenaan.

“Itu jika mereka betul-betul serius nak tolong rakyat, tapi janganlah nanti kutuk pulak kerajaan bila dah dapat bantuan peruntukan,” sindirnya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *