A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Perpaduan membuat UMNO terus kukuh

Perpaduan membuat UMNO terus kukuh

13 OGOS : UMNO hari ini masih kukuh disebabkan perpaduan utuh dalam semua peringkat UMNO daripada cawangan hingga ke Pusat, faktor itu menjadi kunci penting untuk parti menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

ZahidNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejarah sudah membuktikan kejatuhan parti pemerintah kerajaan terdahulu disebabkan tiada perpaduan sedemikian sama ada dalam kalangan ahli dan pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, elemen ketaatan dan kesetiaan kepada ketua di semua peringkat juga penting bagi meneruskan kelangsungan pengukuhan perpaduan dalam UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita sendiri yang tentukan perpaduan yang kita mahu…jika mahu yang kuat dan teguh maka ahli akar umbi kena taat dan akur kepada arahan ketua.

“Jangan ada masalah dalaman dan pergeseran antara ketua dan timbalan ketua atau naib ketua dalam cawangan dan bahagian begitu juga pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut pada Sabtu.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Nazlan Idris.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *