Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Ekonomi / Perang dagang AS-China tak jejaskan Malaysia, kata penganalisis

Perang dagang AS-China tak jejaskan Malaysia, kata penganalisis

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan perang perdagangan terhadap China tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata penganalisis ekonomi.

Sebaliknya, polisi ekonomi yang dibawa oleh Trump yang perlu dibimbangkan, kata pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai.

“Sebenarnya polisi Trump dalam ekonomi membimbangkan dunia kerana ia memberi kesan serta-merta, dimana pelabur AS dipaksa balik untuk melabur di negara mereka, seiring dengan asas pentadbiran Trump yang menekankan pendekatan ‘US for US’.

“Misalnya, semalam di Indonesia adanya kebimbangan kerana 60% bon di Indonesia dipegang pelabur AS dan arahan balik dibuat Trump memaksa mereka menjual semula aset yang ada dan membawa balik modal.

“Malah di Malaysia keadaan juga lebih kurang sama kerana lebih 30% bon di Malaysia dipegang pelabur AS,” katanya.

Barjoyai bekata demikian semasa mengulas sejauh mana kesan rancangan Trump terhadap Malaysia ekoran pelancaran perang perdagangannya terhadap China.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata Trump tidak melihat kepentingan kerjasama dengan negara luar sebaliknya memberi perhatian kepada agenda utamanya untuk membangunkan semula infrastruktur AS.

“Pelaburan AS ke Malaysia akan menurun, adakah ini berkaitan Malaysia berbaik-baik dengan China? Jawapannya tidak. Ini kerana AS tidak peduli hubungannya dengan Malaysia kerana kita terlampau kecil untuk difikirkan.

“Begitu juga hubungan dengan negara lain di seluruh dunia. Ia tidak penting bagi Trump kerana beliau tidak melihat sebarang ancaman sekiranya tidak bekerjasama. Apa yang penting, modal pelaburan dibawa balik kerana mereka memerlukan wang yang banyak untuk membangunkan semula infrastruktur AS,” katanya.

Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-45 secara rasmi pada Sabtu berikrar melancarkan perang perdagangan dengan China.

Beliau turut mengumumkan White House berundur daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), keputusan yang bakal menyaksikan AS semakin jauh daripada sekutunya di Asia di sebalik kemaraan pengaruh China di rantau itu.

TPPA menjadi senjata ekonomi utama ketika era pentadbiran Barack Obama bagi menghalang kemaraan China di rantau Asia Pasifik.

Selain AS, TPPA disertai Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Susulan tindakan Trump itu, Barjoyai mencadangkan Malaysia memperkukuhkan hubungan perdagangan dengan China serta mencari negara baru untuk dijadikan rakan kongsi dalam pelaburan.

“Rakan kongsi utama kita sekarang adalah China dan ia satu-satunya rakan kongsi terbaik dari segi modal dan kekayaan, walaupun pelaburan dari AS menurun tetapi pelaburan daripada China akan meningkat serta menggantikan tempat itu.

“Kalau dulu kita eksport barang seperti getah dan kelapa sawit ke AS, jadi sekarang kita kena gantikan dengan pasaran baru. Malaysia perlu mencari pasaran baru, mungkin menjalinkan kerjasama di Afrika, Vietnam,Cambodia dan Myanmar,” jelas Barjoyai.

About RJ

Check Also

Kerajaan Pusat Tidak Abai Pesawah Di Sungai Besar

Pengusaha sawah di kawasan Parlimen Sungai Besar dinasihatkan tidak termakan hasutan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *