Hasil keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang ke 11 menunjukkan bahawa DAP mengalami kekalahan besar dan sangat memalukan.
Analisis awal mendapati, pengundi cina khususnya penyokong DAP di Sarawak tidak keluar mengundi dan menyebabkan peratusan keluar mengundi amat rendah berbanding PRN sebelum ini.
Mengapakah penyokong-penyokong DAP ini tidak keluar mengundi parti kesayangan mereka? Menurut sumber dari dalaman DAP sendiri, ramai kaum cina di Sarawak sudah mula bosan dengan DAP yang disifatkan hanya tahu berjanji.
Selain itu, skandal rasuah serta beberapa penyelewengan oleh pemimpin DAP juga menjadi faktor penyokong DAP lari dari menyokong parti berkenaan.
Yang paling menarik, selepas diumumkan DAP kalah besar di Sarawak, para penyokong serta ahli-ahli DAP di semenanjung terutama cina DAP mula menghina serta memaki hamun penduduk negeri Sarawak.
Cina DAP di semenanjung menuduh rakyat Sarawak sebagai tidak berotak dan mudah dibeli dengan harga serendah RM 10. Ini jelas menunjukkan perangai keji dan biadap ahli serta penyokong DAP di semenanjung.
Sewajarnya, semua ahli DAP khususnya cina di semenanjung diharamkan untuk memasuki Sarawak selepas ini. Inilah politik keji yang cuba mereka mainkan selepas menerima kekalahan.