A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pengambilalihan pengurusan PPR untuk tingkatkan kecekapan tadbir urus – Noh

Pengambilalihan pengurusan PPR untuk tingkatkan kecekapan tadbir urus – Noh

Pengambilalihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada kerajaan negeri di seluruh negara adalah bagi membolehkan aspek operasi iaitu pemantauan dan pembangunan semula program di PPR diletakkan di bawah satu badan khusus bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus.

Noh Omar PPR lembah subang 2Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, pengambilalihan itu dibuat ekoran daripada cadangan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3P) yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) pada 2015.

“Penubuhan 3P akan membolehkan segala aspek operasi iaitu pelaksanaan, pemantauan dan pembangunan semula program di PPR diletakkan di bawah satu badan yang khusus bagi meningkatkan lagi kecekapan tadbir urus demi kemudahan dan kesejahteraan penghuni-penghuni di PPR.

“KPKT sedang menggubal akta ini dan dijangka akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang mahukan penjelasan tentang pengambilalihan PPR di seluruh negara oleh KPKT pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata, pengambilalihan pengurusan di PPR Lembah Subang 1 merupakan pilot projek bagi memulakan usaha untuk pengambilalihan PPR di seluruh negara.

“Satu mesyuarat konsultasi berkaitan susulan pengambilalihan semula pengurusan PPR Lembah Subang 1 telah diadakan pada 11 Oktober lepas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari kerajaan negeri Selangor.

“Secara dasarnya kerajaan negeri Selangor tiada halangan untuk KPKT mengambil alih pengurusan PPR Lembah Subang 1 dengan meletakkan beberapa syarat antaranya kerajaan melalui KPKT perlu membayar RM50.2 juta yang telah dibelanjakan oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan di PPR Lembah Subang 1,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *