A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Pendekatan Politik Pembangkang Boleh Hancurkan Sistem Demokrasi Di Negara Ini –Zein Isma

Pendekatan Politik Pembangkang Boleh Hancurkan Sistem Demokrasi Di Negara Ini –Zein Isma

IMG_20160303_214339

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato Zein Isma berkata, bahawa parti-parti pembangkang sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi dalam pendekatan politik termasuklah di dalam hal ehwal dalaman parti mereka sendiri,  tetapi hanya memanipulasikan sistem demokrasi demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, pemimpin pembangkang  selama ini melaung-laungkan bahawa merekalah juara demokrasi tetapi dalam masa yang sama mereka cuba menghancurkan amalan demokrasi dengan beberapa kali cubaan mereka untuk menggulingkan kerajaan di negara ini.

“Pembangkang selalu mendabik dada mendakwa bahawa parti merekalah yang mengamalkan demokrasi dan lebih telus berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan mereka itu langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh semua parti politik di negara ini.

“Cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dengan cuba membuat huru hara seperti siri perhimpunan Bersih, beberapa kali usaha mereka cuba menawan Dataran Merdeka yang cuba meniru langkah pembangkang di Mesir, melontarkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan, apakah itu satu amalan demokrasi?

“ Begitu juga dengan cubaan Anwar untuk menggulingkan kerajaan dengan mengumpan ahli parlimen BN sehingga terpahat dalam sejarah, di mana rakyat mengingati tarikh 16 September bukan sahaja sebagai Hari Malaysia tetapi juga sebagai tarikh pembohongan terbesar Anwar kepada rakyat Malaysia? Apakah itu juga satu bentuk tindakan demokrasi? ,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, sejak dari dulu sehingga ke hari ini, pendekatan pembangkang yang lidah bercadang dan  menjadikan pembohongan sebagai  taktik politik kotor mereka untuk mempengaruhi pemikiran rakyat tidak pernah berubah.

“Kita lihat bagaimana pembangkang memanipulasikan sistem demokrasi melalui pilihanraya Langkah Kajang yang bertujuan untuk memuaskan nafsu dan agenda politik pemimpin tertentu seperti Anwar Ibrahim, dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ini merupakan satu contoh yang jelas bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan sistem demokrasi  sehingga sanggup berbohong dan menghabiskan masa, wang dan tenaga  rakyat demi kepentingan politik mereka. Demokrasi bagi mereka bukan untuk diamalkan, tetapi untuk dipergunakan dan dimanipulasikan demi kepentingan agenda politik mereka,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat khususnya di negeri-negeri pembangkang agar tidak terus tertipu dengan permainan manipulasi dan pembohongan pakatan pembangkang yang menjadikan demokrasi sebagai topeng untuk menutupi agenda politik peribadi mereka.

“Bagaimana kita boleh memberikan harapan kepada parti-parti pembangkang untuk menegakkan sistem demokrasi di negara ini sedangkan prinsip demokrasi itu sendiri bukanlah menjadi amalan mereka.

“Berdasarkan sejarah-sejarah pembangkang yang kita lihat lebih banyak kepada usaha untuk cuba menghancurkan sistem demokrasi di negara ini, kita bimbang jika kekuasaan memerintah negara di serahkan kepada pembangkang, mereka akan menggantikan sistem demokrasi yang menjadi amalan selama ini kepada sistem kuku besi,” jelasnya.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *