Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / “Pendedahan CIA Tentang Skandal BMF : Bila Terkena Batang Hidung Sendiri, Pandai Pula Kata Tuduhan Hanya Bermotif Politik”

“Pendedahan CIA Tentang Skandal BMF : Bila Terkena Batang Hidung Sendiri, Pandai Pula Kata Tuduhan Hanya Bermotif Politik”

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato Zein Isma Ismail menyifatkan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa pendedahan dokumen CIA berkenaan skandal Bank Bumiputera (BMF) bermotifkan politik, seolah-olah meludah ke langit terkena muka sendiri, memandangkan beliau dan pihak pembangkang sendiri menggunakan sumber-sumber luar, termasuk menggunakan nama Federal Bereau Investigation (FBI) untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Zein, apabila CIA mendedahkan tentang penyelewengan BMF ketika di zaman pentadbirannya, pandai pula Tun Mahathir dan pembangkang cuba menidakkan perkara tersebut dan mendakwa pendedahan CIA itu juga bermotifkan politik.

“Selama ini kita lihat Tun Mahathir terutama pembangkang, menggunakan sumber luar seperti akhbar Sarawak Report, Wall Street Journal untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, dulu tersebar luas di media sosial, kononnya FBI sudah memulakan siasatan terhadap Datuk Seri Najib, sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Tetapi kali ini, bila terkena sendiri batang hidung beliau dengan pendedahan CIA ini, pandai pula pihak Tun Mahathir berkata ini semua satu tuduhan bermotif politik dan sebagainya. Apabila beliau dituduh, ini semua bermotifkan politik. Tetapi apabila orang lain (Datuk Seri Najib) dituduh, tuduhan itu jadi betul sedangkan tuduhan terhadap PM itu banyak sekali keraguannya.

“Jadi hari ini jelas, bahawa serangan Tun Mahathir dan pihak pembangkang yang menggunakan sumber-sumber luar itu hanyalah serangan yang bermotifkan politik dan kuasa semata-mata. Mereka mahu jatuhkan Datuk Seri Najib dengan apa cara sekalipun, termasuklah menjaja fitnah dan tuduhan yang tidak benar kepada rakyat di negara ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang, memang inilah cara dan pendekatan pembangkang di negara ini untuk menjatuhkan dengan menggunakan sumber-sumber tidak sahih bahkan sanggup memfitnah, asalkan matlamat mereka tercapai.

“Contohnya ialah ketika PKR dan pakatan rakyat mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Pelbagai alasan serta pelbagai cerita yang direka-reka dan dihidangkan kepada rakyat, ahli dan penyokong mereka yang memburuk-burukkan imej dan kredibiliti Tan Sri Khalid. Bahkan mereka menipu rakyat untuk mengadakan PRK dengan membazirkan tenaga, wang dan masa mengadakan satu pilihanraya kecil yang tidak perlu.

“Apabila Tan Sri Khalid membawa segala pertuduhan dan dakwaan pihak pembangkang, khususnya PKR itu ke mahkamah, maka terbuktilah segala dakwaan dan tohmahan yang mereka lakukan itu hanyalah fitnah semata-mata apabila PKR akhirnya memohon maaf di atas segala perbuatan fitnah mereka itu melalui Setiausaha Agung mereka, Saifudin Nasution.

“Inilah antara contoh betapa kejinya taktik dan teknik politik yang digunakan oleh pihak pembangkang, termasuk Tun Mahathir hari ini dengan menggunakan sumber tidak sahih serta fitnah yang direka-reka untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

“Apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Najib hari ini, adalah modus operandi yang sama digunakan oleh PKR dan pihak pembangkang ketika mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor sebelum ini. Cuma skali fitnah dan tohmahannya lebih besar dan lebih hebat lagi.

“Saya kira rakyat di negara ini secara keseluruhannya tanpa mengira agam dan bangsa perlu sedar akan hal ini. Kita mesti menolak gabungan Pakatan Harapan yang terbukti parti politik yang menjadikan fitnah sebagai senjata utama mereka untuk menjatuhkan seseorang pemimpin, kerana perbuatan seperti itu tidak akan mendatangkan apa apa faedah jauh sekali kebaikan untuk rakyat dan negara,” ujarnya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *