A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Eksklusif / PENCAPAIAN AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN V.17 – LEBUH RAYA PAN BORNEO

PENCAPAIAN AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN V.17 – LEBUH RAYA PAN BORNEO

PENCAPAIAN AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN V.17 – LEBUH RAYA PAN BORNEO

Pan Borneo Highway juga dikenali sebagai Trans Borneo Highway, adalah satu rangkaian jalan raya di Pulau Borneo yang menghubungkan dua negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan Brunei

Apabila siap kelak , lebuhraya sepanjang 2,333km adalah tulang belakang kepada perhubungan di Borneo, bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah.

Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan dari Telok Melano-Sematan-Kuching-Serian Sibu-Bintulu-Miri telah bermula pada 31 Mac 2015, manakala fasa kedua yang melibatkan laluan di bahagian Limbang dan Lawas akan dimulakan pada 2018 dengan keseluruhan projek dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lapan tahun dan beroperasi sepenuhnya pada awal 2023.

Projek Pan Borneo Sabah pula berupaya merubah lanskap infrastruktur dan menjadi jaringan perhubungan bandar-bandar utama Sabah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat hinggalah ke Tawau dan dijangka siap sebelum 31 Disember 2021.

Pembinaan lebuhraya dengan kos projek sebanyak RM32.95 bilion ini berupaya menjadi pemacu ekonomi setempat serta menyokong pertumbuhan industri-industri sedia ada dan baru.

Sektor pelancongan termasuklah agro-pelancongan dijangka akan turut memperolehi ‘spill over effect’ memandangkan produk-produk pelancongan ini akan dapat dihubungi dengan mudah oleh pelancong.

– malaysiannews.my

About RJ

Check Also

PROGRAM I-KIT DAN I-KEUNITA – AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN TERLAKSANA

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk memperkasakan wanita dari segi ekonomi dan membangunkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *