A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam Desak Jabatan Audit Negara Siasat Skandal SMUE

Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam Desak Jabatan Audit Negara Siasat Skandal SMUE

Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam mengesa Jabatan Audit Negara turut serta menyiasat skandal penyelewengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berikutan dipercayai membabitkan keseluruhan kawasan DUN di Selangor.

Ketua Pemudanya, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Yaakop berkata, adalah penting untuk Jabatan Audit turut serta disebabkan skandal SMUE membabitkan transaksi kewangan yang besar.

“Ketika ini kita lihat terlalu banyak keraguan timbul dalam urus tadbir kewangan membabitkan dana SMUE dan Kerajaan Selangor dilihat berdolak-dalik. Jadi, menjadi tugas Jabatan Audit untuk melakukan siasatan dan dedahkan kepada rakyat.

“Sebagai golongan muda kita bimbang dana khairat kematian itu tidak mencapai tujuan ketika diwujudkan. Jika itu berlaku apa jadi kepada waris,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung SMUE di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Jumaat.

Mengulas mengenai laporan polis itu, Ahmad Mua’adzam Shah berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada siri pendedahan sejajar dengan Ops YAWAS yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) negeri baru-baru ini.

“Kita berharap pihak berkuasa segera menyiasat ketelusan urus tadbir khairat kematian oleh Kerajaan Selangor kerana dana terbabit perlu diuruskan dengan berhemah dan bukannya seperti yang berlaku.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *