A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pemuda PAN Desak Azmin Singkir Exco PAS

Pemuda PAN Desak Azmin Singkir Exco PAS

Selepas penguguran EXCO Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan segera rombakan pentadbirannya dengan menyingkir PAS.

“Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, selepas berkerat rotan dengan PAN dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam pentadbiran Selangor,” lapor sebuah portal berita, Selasa.

Shazni Munir mendakwa jika persediaan ke arah peralihan kerajaan dilakukan, keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, PAN, DAP dan PPBM dilihat bersedia memikul tanggungjawab di negeri itu.

Pada ketika ini, selain Iskandar, EXCO PAS ialah Zaidy Abdul Talib, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah.

Sementara itu, laporan Utusan Malaysia pada hari ini menyebut PAS Selangor tidak akan keluar daripada kerajaan negeri itu sekalipun jika Majlis Syura Ulama memutuskan tiada lagi hubungan politik dengan PKR.

Pesuruhjaya PAS Selangor baharu, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata PAS perlu kekal dalam pentadbiran negeri kerana mereka sebahagian daripada mandat diberikan rakyat pada Mei 2013.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *