A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Peminjam tak bayar balik PTPTN PKR salahkan kerajaan

Peminjam tak bayar balik PTPTN PKR salahkan kerajaan

22 OGOS : PKR masih lagi menyalahkan kerajaan berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun sudah dijelaskan kutipan yang berkurangan menjadi punca pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mendapat pembiayaan pinjaman penuh.

Pinjaman PTPTNKetua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad meletak kegagalan pelajar membayar pinjaman ke atas bahu kerajaan dengan mendakwa kegagalan mengutip pinjaman disebabkan kelemahan badan itu dan kerajaan.

“Jangan gadaikan masa depan Malaysia sedangkan pengurusan oleh pihak PTPTN dan kerajaan sendiri tidak baik.

“Betulkan diri dahulu sebelum menghukum rakyat yang semakin tertindas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Semalam, Pengerusi PTPTN, Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan badan itu tidak dapat memberikan jumlah pinjaman penuh kepada pelajar yang ditawarkan tempat di IPT berikutan kutipan balik pinjaman tidak mencapai sasaran.

Ia menyukarkan untuk mereka memberikan pinjaman penuh kerana jumlah kutipan yang sedikit untuk menampung pinjaman pelajar.

Nik Nazmi juga mendakwa tanpa PTPTN atau sebarang bantuan kewangan seumpamanya, majoriti rakyat negara ini akan menghadapi kesusahan untuk menyambung pelajaran sehinggakan terpaksa meminjam daripada keluarga, rakan dan ceti haram atau Ah Long.

“Kerajaan juga perlu sedar bahawa kos pembiayaan pendidikan di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia menurut sebuah kajian oleh pakar di London (High cost of varsity degree, The Star, 27 OKtober 2015).

“Kajian yang berasaskan perbandingan pendapatan keluarga dan kos pengajian ini menyatakan ibu bapa rata-ratanya perlu membelanjakan 55% gaji bulanan mereka untuk seorang anak mendapatkan ijazah,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *