Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pemecatan perlu dijadikan pengajaran : MT UMNO

Pemecatan perlu dijadikan pengajaran : MT UMNO

24 JUN : Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyatakan sokongan terhadap keputusan pemecatan dua pemimpinnya dan mahu ia dijadikan pengajaran kepada mereka yang mahu merosakkan parti tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti.

MT UMNO 2016“Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya…apatah lagi seorang bekas timbalan presiden dan ketua perhubungan negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.

“Jadi, saya ingat wajar tindakan ini diambil…sepatutnya tindakan diambil lebih awal,” katanya pada Jumaat.

Tengku Adnan mengulas keputusan yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemecatan Muhyiddin yang sebelum ini digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, bersama-sama Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

ANUAR MUSA 02Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, pula berkata isu langkah pemecatan itu bukan sengaja diambil sebaliknya ia berpunca daripada tindakan ketiga-tiga pemimpin itu sendiri.

“Saya berpendapat dalam politik, tiada seorang pun lebih besar daripada parti.

“Sesiapa yang pilih untuk melanggar peraturan parti jawapannya adalah berbalik kepada tindakan disiplin. Malangnya, perkara ini berlaku di atas kehendak pihak berkenaan, bukan kita,” katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula yakin keputusan pemecatan itu tidak akan memudaratkan parti.

20141006_DatukAbdulRahmanDahlan“Saya harap ini adalah nasihat atau peringatan kepada anggota UMNO lain… apabila kita masuk parti, ia untuk berjuang, kita tidak boleh kecewa dan derhaka terhadap parti,” katanya.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, menyifatkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah wajar dilakukan daripada membiarkan mereka terus menggunakan platform UMNO untuk mengecam kepimpinan Najib.

“Lebih baik mereka berada di luar… bila dipecat, mereka tidak boleh jumpa (anggota UMNO) melainkan melalui program yang disusun pihak pembangkang,” katanya.

idris haron (1)Seorang lagi anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Idris Haron, pula berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan UMNO terus menjadi parti berwibawa dan dipercayai.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sebagai parti berwibawa, UMNO tidak boleh terus memberikan ruang kepada ahlinya berkongsi pentas dengan pembangkang dan menghina kepimpinan sehingga ke tahap merosakkan parti.

“Majlis Tertinggi terpaksa membuat suatu keputusan yang saya kira cukup berat kerana kita terpaksa memilih antara kawan dan semangat kerja berpasukan.

“Saya kira, untuk UMNO terus jadi parti berwibawa dan dipercayai, kita perlu menjadi sebuah parti yang tegas,” katanya dalam satu kenyataan.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *