Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Pembangkang, Suka Atau Tidak Ini Calon PM Anda

Pembangkang, Suka Atau Tidak Ini Calon PM Anda

Oleh Abdar Rahman Koya

Hari ini genap 4 tahun sejak pembangkang menyertai pilihan raya umum sebagai satu gabungan.

Walaupun ketika itu tiada logo, ia merupakan kali pertama ketiga-tiga parti pembangkang – PKR, PAS dan DAP – berjuang atas satu platform, 5 tahun selepas kemenangan bersejarah yang melahirkan Pakatan Rakyat.

Kini, gabungan itu digubah semula sebagai Pakatan Harapan, terdiri daripada 4 pihak, sementara PAS, yang menjadi jentera utama, tidak lagi bersama mereka.

Nampaknya gabungan baru ini lebih bersatu, dengan rancangan lebih serius untuk menuju pilihan raya dengan menggunakan logo yang sama.

Namun masih ada satu kekurangan: calon perdana menteri. Ia umpama gajah di depan mata yang tidak dipedulikan pembangkang.

Hakikatnya, pengundi mahu tahu siapa akan menggantikan Najib Razak sebelum mereka memangkah petak di sebelah logo yang masih belum diumumkan itu.

Mereka tidak peduli sama ada logonya adalah roket, separa bujur atau piramid yang tidak lengkap, ataupun bunga yang tumbuh liar di halaman rumah jiran anda.

Sebaliknya, rakyat Malaysia mahu tahu siapa akan memimpin mereka jika mereka tidak mahu mengundi Barisan Nasional, atau membiarkannya dengan kemenangan tipis seperti berlaku pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Siapa pula akan menerajui sebuah kerajaan baharu yang rakyat Malaysia belum pernah rasai? Agak menghairankan, semakin bersatu pihak pembangkang, semakin mustahil untuk melihat calon perdana menteri yang mereka pilih.

Pada 1999, setahun selepas pemecatan Anwar Ibrahim, pembangkang buat kali pertama bersatu di bawah seorang pemimpin dalam kempen pilihan raya mereka. Apa tidaknya, seorang berpengaruh daripada parti lawan baru saja menyertai kem mereka, seorang yang hampir menjadi pemimpin nombor satu negara.

Walaupun ketika itu, Anwar dipenjarakan, beliau menjadi orang yang paling hampir sebagai pemimpin bersama pembangkang. Sekurang-kurangnya, ia mematahkan hujah BN ketika itu, iaitu pembangkang tidak mempunyai pemimpin berpengalaman mentadbir negara.

Ketika itu, calon perdana menteri selalunya disangka adalah muka-muka yang mendominasi skrin televisyen selama bertahun-tahun. Dan kesemuanya daripada Umno.

Sedang pembangkang cuba mempromosikan diri mereka sebagai malaikat yang perlu diberi peluang untuk mentadbir, rakyat pula lebih berminat memilih “syaitan” yang sudah lama mereka kenali.

Kini, sudah satu dekad pembangkang yang kita tidak pernah kenali mentadbir beberapa negeri penting. Menjelang pilihan raya akan datang, pengundi boleh membuat perbandingan yang seimbang, memandangkan mereka kini tahu “syaitan” di kedua-dua belah pihak.

Namun, ruang untuk membandingkan Najib masih kekal kosong. Siapakah pilihan pembangkang sebagai penggantinya?

Dalam menjawab persoalan itu, kita perlu bertanya soalan ini: Siapa yang paling berpengalaman di kalangan ahli politik dalam pakatan pembangkang hari ini?

Secara realistiknya, siapa yang boleh bercakap bagi pihak kerajaan baru selang beberapa jam menang pilihan raya, tanpa perlu melalui proses rumit untuk mengeluarkannya daripada tirai besi?

Siapakah yang pengundi dari segenap pelusuk masyarakat kenal dalam sebahagian besar kehidupan mereka?

Orangnya adalah tidak lain daripada “syaitan” terbesar yang kita semua tahu, dan di bawahnya sejumlah besar rakyat Malaysia sama-sama membesar, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar sudah menebus dosa dan diampunkan segala kesalahan lamanya. Tak lama kemudia, beliau diangkat menjadi calon perdana menteri walaupun berada dalam penjara.

Dr Mahathir, yang satu ketika dulu menjadi kebanggaan negara pada masa sama menjadi orang bertanggungjawab dengan pelbagai kegagalan besar, kini mengetepikan egonya yang dunia kenali, dan duduk semeja bersama musuh ketatnya bagi satu tujuan.

Dan, dia bukan berada di dalam penjara.

Dr Mahathir, perdana menteri yang sejumlah besar pengundi semasa kenali selama 22 tahun kehidupan mereka, adalah calon terbaik untuk jawatan perdana menteri di bawah Pakatan Harapan.

Sudah tiba masanya dia dikembalikan ke jawatan ini, walaupun untuk sementara, sehingga kejutan rakyat Malaysia mengenai kerajaan alternatif yang belum pernah mereka rasai itu mula pulih.

Pakatan Harapan boleh memilih mengabaikan gajah di depan mata mereka. Hasilnya, rakyat Malaysia mungkin terpaksa sekali lagi membiarkan BN kembali dengan separuh nyawa, seperti pilihan raya 2013 dulu.

* Abdar Rahman Koya ialah ketua pengarang FMT.

About Keruing Hitam

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *