A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pembangkang Hanya Kejar Kekayaan Sendiri, Bukan Nak Bela Rakyat Selangor

Pembangkang Hanya Kejar Kekayaan Sendiri, Bukan Nak Bela Rakyat Selangor

Kerakusan, tamak dan mencari kekayaan untuk diri sendiri telah menjadi agenda utama pemimpin Kerajaan PKR Selangor daripada membantu kebajikan dan membela nasib rakyat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan berkata, pelbagai isu rasuah yang melanda pemimpin PKR Selangor menunjukkan mereka ini sudah tidak beritegriti dan sudah hilang hala tuju untuk memperjuangkan kebajikan rakyat di Selangor.

“Kalau inilah caranya, menggunakan politik untuk meraih kekayaan luar biasa, menunjukkan mereka ini cakap tidak serupa bikin.

“Kalau sebelum berkuasa, mereka sentiasa canangkan semua untuk rakyat, kenapa ada pemimpin mereka hari ini boleh mengumpul harta kekayaan luar biasa? Harap SPRM siasat dan bongkar unsur rasuah,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Isnin.

Ditanya adakah Barisan Nasional (BN) Selangor akan menggunakan skandal rasuah beberapa pemimpin PKR ini sebagai modal politik, Mat Nadzari menjelaskan, ia adalah senjata tambahan kepada strategi yang sedia ada dalam usaha BN Selangor merampas kembali negeri daripada pemerintahan Pakatan Harapan.

“Walaupun kita sudah ada strategi yang dirangka. Ini menjadi satu bonus dalam usaha kita menang pada PRU ke-14 nanti.

“Kita nak rakyat tahu, sebenarnya mereka ini lebih teruk daripada BN. Tuduh, buat fitnah kepada kita, tapi sekarang tengok, apa dah jadi kepada mereka? Ini akan menjadi senjata tambahan kita untuk yakinkan rakyat,” katanya lagi.

ADUN Batang Kali berkata demikian merujuk kepada penahanan Datuk Adam Rosly iaitu Pegawai Khas Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin oleh SPRM minggu lepas.

Apa yang dikesalkan, kata Mat Nadzari pemimpin PH berjaya mengaburi mata rakyat Selangor dengan tipu helah dan lakonan sehinggkan dapat menutup segala kelemahan mereka.

“Kalau pihak BN yang kena, dah tentu kita arahkan individu yang terlibat rasuah letak jawatan. Kita tak mahu kekotoran dia terkena kepada imej parti kita.

“Tapi bila kena batang hidung sendiri, mereka masih nak berlakon. Cuba selindung keburukan mereka daripada rakyat tahu.

“Mereka lagi teruk. Dah ‘very bad’, dah kotor, dah calar dah nampak terlibat gejala rasuah, dah jadi macam tu masih lagi nak tunjuk imej baik. Seolah olah tiada apa yang berlaku. Mereka masih simpan perasuah.

“Itu saya cakap mereka ini pandai berlakon untuk bohong rakyat Selangor. Sebenarnya mereka lagi teruk daripada BN,” luahnya lagi.

Sehubungan dengan itu Mat Nadzari menyeru rakyat Selangor membuka mata menilai sendiri bahawa Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ini indah khabar daripada rupa.

“Rakyat Selangor telah sedar sekarang. Siapa yang lebih konsisten membela mereka kalau tidak BN.

“Kita sibuk bantu rakyat, mereka sibuk kumpul kekayaan. Yang malang tentulah rakyat negeri ini. Jadi saya harap, rakyat Selangor telah sedar, berilah kembali BN menjadi memerintah negeri ini,” katanya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *