Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Paya Indah Wetlands: Kerajaan PKR Selangor Ada Agenda Tersembunyi

Paya Indah Wetlands: Kerajaan PKR Selangor Ada Agenda Tersembunyi

Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan Kerajaan PKR Selangor mempunyai agenda lain disebalik tujuannya membangunkan kawasan Paya Indah Wetlands.

Menurut Jamal, tindakan kerajaan negeri yang terburu-buru memberi kelulusan kepada Gamuda Bhd. membangunkan kawasan Paya Indah Wetlands boleh mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar selain ada agenda politik yang tersembunyi.

“Ini adalah khazanah yang perlu diwariskan untuk generasi akan datang dan rakyat Selangor, bukan semua kawasan boleh dimajukan. Tanpa memikirkan pencemaran alam sekitar, walaupun berkali-kali alam sekitar (Jabatan Alam Sekitar) menolak permohonan untuk memajukan kawasan ini.

“Tergamaknya kerajaan negeri Selangor dengan rakusnya menghabiskan hasil daripada peninggalan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Jamal berkata demikian ketika membawa rombongan media menunjukkan kawasan tadahan hujan yang ingin dibangunkan sebagai sebuah bandar baharu, pada Rabu.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut mendakwa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sanggup menggadaikan kawasan tadahan hujan itu bagi tujuan memperolehi dana untuk menghadapi PRU ke-14 nanti.

“Saya dimaklumkan 10 peratus daripada nilai itu (projek) adalah untuk disumbangkan kepada kerajaan Pakatan iaitu sebanyak RM3 bilion untuk menghadapi PRU14 akan datang di Selangor.

“Saya bertanya, saya tak menuduh, sebab saya dimaklumkan, RM3 bilion daripada kelulusan itu untuk diberikan kepada parti yang memerintah di Selangor untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Jamal juga melahirkan kebimbangan, tindakan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan amaran Jabatan Alam Sekitar bahawa bencana banjir bakal melanda sekitar kawasan Dengkil.

“Ini adalah khazanah yang perlu diwariskan untuk generasi akan datang dan rakyat Selangor, bukan semua kawasan boleh dimajukan. Tanpa memikirkan pencemaran alam sekitar, walaupun berkali-kali alam sekitar (Jabatan Alam Sekitar) menolak permohonan untuk memajukan kawasan ini.

“Tergamaknya kerajaan negeri Selangor dengan rakusnya menghabiskan hasil daripada peninggalan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang demi kepentingan politik mereka,” jelasnya.

Terdahulu isu Paya Indah Wetland pernah mencetuskan kontroversi apabila perkara terbabit dibangkitkan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai CheGu Bard yang menyifatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong cuba ‘menutup penipuan’ di sebalik dakwaan tindakan kerajaan negeri menukar status Paya Indah Wetland itu.

Penjelasan Elizabeth itu didapati mengandungi pelbagai keraguan apabila menyatakan tiada sebarang permohonan dibuat untuk menukar kegunaan tanah di Lot 4827 dan Lot 3974.

Chegu bard menegaskan Lot terbabit adalah LOT 68054 yang melingkungi sebanyak 619 hektar Mukim Tanjong 12 Kuala Langat yang menjejaskan kawasan hutan warisan dunia bukan lot yang disebutkan oleh Elizebeth

Menurut Chegu bard lagi, beliau percaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali telah meluluskan penukaran status tanah tersebut pada 2015 manakala penukaran geran tanah terbabit dibuat pada APRIL 2016 yang lalu.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *