A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PAS sedia tanding semua kerusi PRU

PAS sedia tanding semua kerusi PRU

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa parti itu tidak pernah mempunyai jalinan kerjasama dengan UMNO dan BN.

Kata ADUN Pancor itu, segala kaitan yang dihebahkan kepada umum hanyalah tuduhan semata.

“PAS tidak pernah mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

“Tomahan itu hanyalah bertujuan memburukkan-burukkan PAS dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan,” dakwa Timbalan Menteri Besar Kelantan ini.

Tambahnya PAS tetap menjadi pesaing utama kepada UMNO dan BN pada PRU akan datang.

“PAS sudah bersedia bertanding semua kerusi di seluruh negara pada pillihanraya akan datang.

“Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas,” kata Amar.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *