A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PAS kena jadi pemimpin bukan dipimpin

PAS kena jadi pemimpin bukan dipimpin

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin semalam menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.

Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru 2 minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.

“Ada parti baharu ajak kita bersatu bagi membolehkan satu lawan satu untuk menjamin kemenangan. Itu nak ambil kira mudah saja,” kata Hashim, dipercayai merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi di kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya satu cara sahaja BN boleh dikalahkan iaitu dengan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan satu calon melawan BN.

“Semua parti pembangkang mesti bersatu dengan menggunakan satu simbol, satu manifesto, satu calon untuk mengalahkan Umno/BN,” kata Dr Mahatir di Shah Alam minggu lalu.

Hashim berkata PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi,” katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi.

Pada awa 1990an, PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, gabungan yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, sebelum beliau membubarkan parti itu. Selepas 2008, PAS turut serta dengan PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat, gabungan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditamatkan selepas pertikaman lidah PAS-DAP mengenai usaha memperkenalkan hudud.

Hashim berkata PAS tidak mahu lagi terus menjadi pengikut kepada mana-mana pihak kerana ia mahu menjadi pemimpin, bukan dipimpin.

“PAS tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, PAS kena jadi pemimpin,” kata bekas pesuruhjaya PAS Perlis itu yang kini merupakan mursyidul am PAS yang ke-4 selepas kematian Datuk Dr Haron Din bulan lalu.

Katanya, PAS tidak kisah kalau ada kumpulan lain yang mahu bersamanya.

“Orang tak ikut tak apa… Kita yakin kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita,” kata Hashim.

– fmt

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *