A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / PAS + IKATAN = BLOK ke3

PAS + IKATAN = BLOK ke3

PAS hari ini telah mengesahkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan komponen dalam pembentukan gabungan Pakatan bagi mewujudkan blok Politik Ketiga di negara ini.
Pengumuman itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di sini, hari ini dan seterusnya menamatkan spekulasi yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat.

“Pas hari ini menerima kunjungan Presiden dan rombongan dewan tertinggi Ikatan.

“Berbagai perkara dibincang dengan penuh keterbukaan merangkumi isu mewarnai sosio-ekonomi atau politik dalam negara kita,” katanya membaca kenyataan media yang ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir.

Menurutnya lagi, pertemuan itu juga membuka ruang membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan NGO yang ingin turut serta.

“Pendekatan ini menuntut kami bergerak atas teras penyelesai dan politik membina disamping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara.

“Atas prinsip inilah, maka hari ini Bermulah kerjasama politik Pas dengan Ikatan,” katanya.

Walaubagaimana pun sebelum ini, Ikatan menafikan penglibatannya dengan PAS ketika nama parti itu disebut-sebut sebagai parti politik yang bakal bergabung dengan parti Islam tersebut.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *