Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Parti PAS Dayus – Noh

Parti PAS Dayus – Noh

Tan Sri Noh Omar menyifatkan PAS Selangor sebagai parti ‘tidak bermaruah’ dan oportunis kerana masih kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, alasan untuk tetap kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana mahu menunaikan mandat rakyat pada adalah tidak munasabah.

Ujarnya, mandat rakyat PRU13 yang menjadi prinsip PAS Selangor sekarang, sepatutnya menjadi hak Menteri Besar terdahulu iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipilih sebagai Menteri Besar pada ketika itu.

Bagaimanapun, PAS sendiri tidak menghormati mandat rakyat apabila terlibat dalam melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar selepas PKR berjaya menggulingkan Abdul Khalid daripada jawatan itu.

“Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor?

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut menyamakan tindakan PAS dengan analogi seorang suami yang sanggup dilihat dayus kerana sayangkan isterinya yang telah curang.

“Ia sama macam hubungan suami isteri…jika si isteri itu telah curang dan mengkhianati suaminya, tetapi si suami itu masih mahu terus bersama lagi dengan isterinya.

“Bukankah itu dayus?…sama juga kalau sudah bercerai talak tiga, mana lagi boleh duduk bersama.

“Dalam isu PAS ini, mana maruahnya parti itu. Apakah PAS mahu terus menjadi dayus hanya kerana mahu terus mendapat kepentingan dalam kerajaan negeri,” katanya

“Saya yakin ketiga-tiga anggota Exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, pada Jumaat.

Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan anggota PAS, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau anggota Exco Kerajaan Negeri daripada parti Islam itu.

“Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Parti Amanah Negara) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu… PAS kini pembangkang di Selangor,” katanya.

Disebabkan itu katanya, rakyat Selangor harus membuka mata dan bijak membuat perbandingan sama ada mahu memilih pakatan parti politik dengan krisis dan perpecahan tidak berkesudahan atau solidariti dan kebersatuan yang ditunjukkan Barisan Nasional.

Semalam, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta susulan parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama itu.

Keputusan itu memberi impak kepada kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan semalam menyatakan tiga Exco itu, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *