A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PAN Tolong Jangan Menyibuk….!

PAN Tolong Jangan Menyibuk….!

Pas Selangor mengecam parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) supaya tidak masuk campur urusan kerajaan negeri itu dengan cubaan memberikan tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi tidak berpuas hati dengan usul dibawa oleh wakil PAN Selangor baru-baru ini yang meminta Mohamed Azmin mengkaji semula kedudukan Pas di negeri itu.

“Amanah tak perlulah nak sibuk untuk menentukan urus tadbir kerajaan negeri ini. Kalau dia nak, tunggulah pilihan raya akan datang ini,” kata Sallehin.

Beliau juga membidas PAN sebagai kemaruk kuasa dan cuba merampas hak parti Islam itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya lagi.

Konvensyen PAN Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan Pas di negeri itu.

Usul itu dicadangkan oleh Ketua PAN Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.

Anuar berkata, penglibatan Pas, yang bukan dalam Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, PAN dan PPBM, boleh membantutkan usaha gabugan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. – MalaysiaGazette

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *