A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PAN Hanya Melukut Ditepi Gantang?

PAN Hanya Melukut Ditepi Gantang?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menjelaskan rundingannya dengan PAS di luar kerangka Pakatan Harapan (PH).

Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, Parti Amanah Negara (PAN) juga perlu bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan itu pada mesyuarat PH yang akan datang ini.

“PAN mesti menebus maruah mereka,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menerusi Twitter.

Zahid juga mendesak PAN meletakkan calon sebanyak mungkin di Selangor, negeri yang dilihat sebagai medan utama untuk gabungan empat parti PH menguji popularitinya, selepas PAS menyuarakan hasrat bertanding tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“PAN perlu isytihar mereka tidak akan bersama PKR. Lebih baik PAN jangan sia-siakan harapan rakyat walaupun tewas di medan perang daripada menjadi bahan ketawa rakyat,” kata Zaid.

Zaid mendakwa, pemimpin PKR selama ini mengetepikan PAN, parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan hala tuju parti Islam itu berbaik-baik dengan UMNO.

“Pemimpin PKR terlalu lama memperlekehkan mereka kerana yakin dengan PAS sebagai rakan pada PRU-14,” ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bertindak sendiri dalam rundingan dengan PAS, mengatakan ia adalah keputusan parti.

Ia dilihat sebahagian daripada usaha PKR untuk merayu Pas dengan harapan parti Islam itu mengubah fikiran dan menggugurkan hasratnya bertanding tiga penjuru di Selangor, negeri di mana PKR memimpin kerajaan gabungan bersama PAS dan DAP sejak tahun 2008.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *