A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / PAN dapat undi simpati DAP, PKR?

PAN dapat undi simpati DAP, PKR?

20 JUN : Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak melihat parti serpihannya, PAN (Parti Amanah Negara) mampu menjadi penganti parti Islam tersebut sebaliknya mereka hanya bergantung kepada kekuatan DAP dan PKR sahaja.

IMG_20160620_234724

Mohd Amar berkata jumlah undi yang diperolehi oleh PAN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tersebut adalah datang daripada dua parti dalam Pakatan Harapan dan bukannya kerana sokongan daripada pengundi.

“Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar PAN,” katanya dipetik pada Isnin semasa di Kota Bharu.

Malah, Mohd Amar berkata “Dan saya percaya kalau PAN bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan kalah dan hilang deposit,” katanya.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, PAN juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

“Jadi dari sudut ini kita nampak PAN tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting,” katanya.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon PAN Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.

Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar, calon PAN Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *