A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pakatan Rakyat : Azmin Di hentam Pemimpin DAP di FB dan Twitter

Pakatan Rakyat : Azmin Di hentam Pemimpin DAP di FB dan Twitter

Pemimpin-pemimpin DAP terus mempamerkan lagak sebenar mereka apabila se­cara terbuka menggunakan media sosial masing-masing untuk menghentam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan kenyataannya bahawa kerajaan nege­ri itu masih berasaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas.

 

Antara pemimpin DAP itu ialah Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan, telah mempertikaikan Mohamed Azmin setelah menganggap Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Pua melalui Facebooknya mempersoalkan Menteri Besar Selangor itu dengan berkongsi satu artikel dan meng­anggap kenya­taan Mohamed Azmin itu sesuatu yang melucukan atau menyedihkan, sementara Kit Siang menggunakan Twitter melabelkan kenyataan itu sebagai mengejutkan dan tidak boleh di­terima.

Menurut akhbar The Star, setelah menerima kecaman tersebut, jurucakap Mohamed Azmin terus tampil memberi penjelasan bahawa kenyataan itu adalah berdasarkan pembentukan kerajaan mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu apabila Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Pas me­nguasai negeri itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco da­ripada Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyat terbatal dua tahun lalu setelah Pas enggan bekerjasama dengan DAP kerana menganggap parti itu menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Minggu lalu, DAP juga telah menunjukkan kuasanya dalam Pakatan Harapan apabila Kit Siang tanpa segan silu meletakkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas nege­ri itu daripada Pas.

Perkara itu mendapat reaksi daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, yang menganggap kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP itu menunjukkan betapa ganjilnya peranan DAP dalam Pakatan Harapan meskipun DAP sendiri tidak ‘wujud’ di Kelantan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *