A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Pakatan Harapan Keretakan Semakin Ketara

Pakatan Harapan Keretakan Semakin Ketara

Pakatan Harapan hari ini di ambang keretakan kerana masalah salah guna kuasa, integriti dan rasuah.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, rakyat boleh melihat secara jelas tentang perpecahan dalam Pakatan terutama dalam isu dana oleh kepimpinan atasan.

“Belum sampai 10 tahun, (Pakatan) sudah penuh dengan virus-virus perosak. Tertarik saya baca dalam petikan akhbar di mana Datuk Adam Rosly (Ketua AMK Ampang) mempertikaikan kredibiliti Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang perbelanjaan bagi Invoke dan NOW di mana dikatakan merahsiakan kutipan dana atau sumbangan.

”Rata-rata rakyat Malaysia tahu kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Adam Rosly yang sedang hangat dibicarakan. Pelbagai dokumen palsu dan menggubal wang haram di mana beliau telah dibicarakan bagi kesalahan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adam Rosly Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur April lalu atas enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam, 30, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan di hadapan hakim Allaudeen Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam oleh dua pegawai SPRM.

Beliau dalam masa sama menyifatkan pertelingkahan Adam dengan Rafizi umpama “si pencuri nak mengajar penyamun buat kerja”.

“Adam Rosly bagi saya seorang yang tiada kredibiliti dan tidak bertanggungjawab serta seorang yang gila kuasa.

“Dan Rafizi pula terkenal dengan mainan politik persepsi, fitnah tanpa arah tuju di mana telah beberapa kali kalah di mahkamah kerana mainan politik persepsi kebencian dan juga pernah terbalik dengan membuat tuntutan palsu ketika berkhidmat di Petronas dan di mana beliau dipecat,” katanya lagi.

Justeru, beliau memohon seluruh rakyat berfikir secara matang dan profesional dalam isu masa kini iaitu keretakan Pakatan.

“Saya mohon rakyat untuk terus menyokong dan memberikan undi pada kerajaan BN pada PRU14 nanti,” katanya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *