A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Noh Tak Akan Peluk Tubuh Sahaja – Budiman

Noh Tak Akan Peluk Tubuh Sahaja – Budiman

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi berkata kerajaan negeri Selangor semakin terbukti tidak berkesan menyelesaikan masalah perumahan sehingga Tan Sri Noh Omar terpaksa masuk campur.

Ujarnya, sebagai seorang menteri yang berasal dari Selangor, Noh tidak akan tergamak berpeluk tubuh dan hanya melihat rakyat negeri itu hidup dalam kesusahan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini, yang mempertikai tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu yang terlalu fokus menyelesaikan masalah perumahan di negeri itu.

Budiman menolak kenyataan Iskandar sebaliknya menyokong Noh untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor selain Ahli Parlimen Tanjong Karang.

“Saya fikir saya menyokong usaha yang dilakukan Tan Sri Noh untuk terus turun ke seluruh negeri Selangor atas Pengerusi Perhubungan Negeri dan juga Menteri yang menjaga kebajikan Bandar (KPKT).

“Sebenarnya apabila kerajaan Pakatan ambil alih Selangor, ia buka mata kepada banyak pihak. Kerajaan negeri ini tidak selesaikan masalah rakyat. Mereka hanya kira pendekatan populis semata-mata,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut kenyataan Iskandar, Budiman berkata ADUN Chempaka itu mula bimbang apabila rakyat negeri itu mula bergantung harap kepada kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah perumahan yang mereka hadapi sekian lama.

Noh sebelum ini dilaporkan meluluskan ratusan ribu dana untuk kerja-kerja menyelenggara perumahan bertingkat yang mengalami masalah lif rosak, bumbung tercabut, tangki air rosak serta mengecat semula bangunan yang sudah uzur.

“Sebab itu saya fikir apabila Tan Sri Noh aktif turun ke lapangan dia menyebabkan pihak kerajaan negeri berasa ‘panas’. Jadi pada saya, saya sokong. Kita sebagai sistem sokongan kepada Tan Sri Noh akan sentiasa membantu beliau,” katanya.

Pergeseran politik antara Noh dan Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor itu bermula selepas pemimpin Umno itu mendakwa kerajaan Negeri tidak mengambil berat tentang pangsapuri-pangsapuri di kawasan DUN Chempaka.

Dakwanya, walaupun kawasan itu dimenangi Iskandar yang juga exco kerajaan negeri, keadaan rumah di kawasan itu teruk sekali.

Iskandar dalam kenyataan balasnya berkata, dakwaan Noh hanyalah sekadar untuk mencari publisiti murah sahaja malah mengesyorkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengugurkan Noh sebagai menteri penuh.

– antarapos.com

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *