A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Noh kesal Kerajaan Selangor tuntut RM50.2 juta

Noh kesal Kerajaan Selangor tuntut RM50.2 juta

Noh Azmin

Tindakan kerajaan Selangor menuntut bayaran RM50.2 juta ketika rundingan pengambilalihan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengecewakan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan dalam rundingan tersebut kerajaan negeri menuntut sebanyak RM50.2 juta untuk pengambilalihan itu.

Malah katanya, beliau turut memperuntukkan sebanyak RM300 ribu untuk penyelenggaraan lif di PPR berkenaan sebelum ini.

“Peruntukan saya sendiri saya bagi RM300 ribu untuk baiki lif, kita pasang lampu di bawah projek NKRA pun cecah jutaan ringgit juga.

“Jadi saya minta supaya kalau ada apa juga perbincangan (mengenai bayaran RM50.2 juta) kita letak ke tepi dululah. Benarkan kita (KPKT) masuk dulu… kita utamakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Festival Sains Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (Festasi 2016) anjuran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Isnin.

Noh dalam pada itu berkata pihaknya telah meminta kerajaan negeri mengemukakan perincian perbelanjaan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan sepanjang menguruskan PPR itu.

Mengenai kekangan yang kemungkinan dihadapi KPKT dalam rancangannya untuk membina 1,000 PPR di Selangor, Noh berkata pihaknya mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi keadaan itu.

“Kami lihat bagaimana negeri akan beri kerjasama, kalau susah nak dapat (kerjasama) kami ada strategi untuk membela nasib rakyat Selangor dalam memberi peluang kepada mereka memperoleh kemudahan PPR,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *