A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang

1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih 40 klan Cina di Pulau Pinang.

2.    Maksud Klan Cina ialah persatuan-persatuan yang ditubuhkan atas nama keluarga (surname) masyarakat Cina, seperti Lim, Tan, Yeap, Ooi, Khoo, Cheah dan sebagainya.

3.    Anggota Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah perwakilan yang dihantar oleh setiap persatuan, dan bukannya terbuka kepada orang perseorangan. Secara amnya, perwakilan yang dihantar adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa tinggi setiap persatuan.

4.    Kebiasaanya, pemegang jawatan tinggi dalam NGO persatuan-persatuan Cina terdiri daripada orang kenamaan, ahli-ahli perniagaan terkemuka dan aktivis-aktivis yang penting dalam komuniti orang Cina.

5.    Oleh itu, Majlis Klan Cina Pulau Pinang yang diwakili oleh orang-orang penting dalam masyarakat Cina merupakan satu NGO yang kuat dan berpengaruh.

6.    Peranan Majlis Klan Cina Pulau Pinang banyak dalam memperluaskan pemahaman budaya Tionghua dalam masyarakat majmuk di Malaysia, melalui penganjuran program-program dan festival kebudayaan dan tradisional dari semasa ke semasa.

7.    Program-program NGO ini selalunya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong asing.

Meng Eng Soo Temple

1.    Meng Eng Soo Temple yang terletak di Jalan Pintal Tali (Rope Walk) ditubuhkan oleh ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin pada abad ke-19.

2.    Di dalam tokong yang bersejarah ini, diletakkan papan-papan peringatan ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin terdahulu yang telah berjasa kepada komuniti Cina ketika Tanah Melayu berada di bawah jajahan British.

3.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang mengambil alih pengurusan Meng Eng Soo Temple pada tahun 2003 dan memulakan projek baik pulih bangunan dan ‘restoration’ pada tahun 2006, sehingga tempat ini kini menjadi lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

4.    Setiap tahun pada 7hb Julai, Meng Eng Soo Temple akan mengadakan Hari Terbuka, di mana Jalan Pintal Tali akan ditutup dan diadakan banyak program budaya dan tradisional masyarakat Cina di Malaysia, seperti Chingay, tarian singa, permainan tradisional, wushu, dan makanan tradisi.

Hari Terbuka Meng Eng Soo Temple

Pada 7 Julai 2017, Meng Eng Soo Temple sekali lagi mengadakan perayaan Hari Terbuka. Pelbagai aktiviti dan program diadakan di sepanjang Jalan Pintal Tali.

Pihak penganjur, iaitu Majlis Klan Cina telah menjemput pemimpin-pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh ADUN-ADUN DAP dan juga pemimpin dari Barisan Nasional. Kelihatan juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang iaitu Datuk Jahara Hamid (UMNO)  yang turut serta meraikan program budaya ini.

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, diundang ke majlis ini dan diberikan penghormatan daripada pihak penganjur atas usaha dan jasa beliau yang berjaya meletakkan nama George Town mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Tan Sri Koh Tsu Koon kemudiannya diberikan cenderamata kenangan daripada pihak Majlis Klan Cina Pulau Pinang atas jasa tersebut.

Satu perkara yang menarik di Pulau Pinang apabila berlaku konfrontasi secara terbuka yang melibatkan antara NGO dan Lim Guan Eng hingga menyebabkan beliau berang.

Perkara ini terjadi disebabkan kerajaan DAP negeri dilaporkan telah buat onar kerana telah gagal membayar RM70,000 kepada Majlis Klan Cina selepas penganjuran bersama sambutan Tahun Baru Cina awal tahun 2016.

Paling jelas ialah apabila Lim Guan Eng DAP dimalukan di depan khalayak ramai apabila beliau diperli oleh seorang pemimpin NGO negeri semasa beliau sedang berucap. Dilaporkan bahawa Guan Eng memberitahu orang ramai kononnya pentadbiran kerajaan DAP negeri telus dalam mengumpul dana yang tinggi dalam rizab kewangan negeri.

Ketika itu, pemimpin NGO bersuara menyindir Guan Eng. Beliau berkata jika benar memiliki ‘rizab yang banyak’, kenapa kerajaan DAP negeri masih perlu meminjam wang daripada China?

Gambar-gambar Guan Eng yang bermasam muka juga telah viral dalam media sosial.

Malah dalam ucapan Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang, Zhang Wei Lu telah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam beberapa isu terutamanya isu penganjuran Perayaan Tahun Baru Cina. Beliau secara terbuka mendedahkan kelemahan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan telah menimbulkan rasa marah dalam hati Guan Eng.

Yang pasti memedihkan hati Guan Eng ialah media telah membandingkan karakter dan ucapan beliau yang ‘bernada sombong, angkuh dan mengugut’ dengan Dr Koh Tsu Khoon yang penuh dengan rasa rendah diri. Mantan ketua menteri dan ketua menteri berbeza ibarat malam dan siang dan ia dapat dilihat dalam ucapan masing-masing. Ucapan Tsu Khoon juga telah mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat Pulau Pinang yang hadir.

Tsu Khoon pula sebenarnya hanya bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut selepas Zhang, Pengerusi Majlis memberitahunya yang Lim Guan Eng tidak akan dapat hadir. Tsu Khoon bukan jenis konfrontasi dan dia tidak berminat untuk menjadi konflik.

Tetapi menurut Zhang, sehari sebelum kejadian itu, beliau dimaklumkan bahawa Guan Eng akan hadir. Maka berlakulah situasi yang janggal apabila Zhang terpaksa duduk di antara Guan Eng dan Tsu Khoon.

Konfrontasi bersambung apabila Pengerusi Majlis Klan telah memuji Tsu Khoon di atas sumbangannya kepada negeri itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya dan bekas kerajaan negeri di bawah BN untuk meletakkan asas status Warisan Bandar George Town. Bukan itu sahaja, Koh Tsu Khoon merupakan jurucakap yang terakhir bukannya Lim Guan Eng DAP!

Persoalannya sekarang, apakah konfrontasi di antara Lim Guan Eng DAP dengan NGO Cina ini dapat diterjemahkan kepada undi pada PRU14 nanti? Apakah pengundi Cina tidak lagi akan mengundi cauvinis DAP?

Malah sebelum ini pun telah berlaku ketegangan di antara pihak-pihak yang mewakili rakyat dengan Guan Eng dan kerajaan DAP negeri. Di antara contohnya ialah kenyataan terbuka NGO HAKAM yang mengkritik dan memalukan Lim Guan Eng DAP secara terbuka. NGO Ambiga Sreenevasan ini telah menulis dan mendedahkan pembohongan ‘tokong’ DAP.

Tambahan pula, kroni tegar Kit Siang ini juga sedang berdepan dengan 2 kes mahkamah yang amat memalukan seluruh parti DAP. Beliau didakwa menerima suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan pertukaran 2 lot tanah pertanian milik Magnificent Emblem untuk pembangunan perumahan ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014. Guan Eng DAP juga didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya sebuah lot tanah dan banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta.

Jika merujuk kepada laporan-laporan tentang isu ini :

1. Guan Eng bakal berdepan dengan pengundi-pengundi kaum Cina yang tidak akan mengundi beliau lagi di Pulau Pinang.

2. Jika tidak pun, pengundi-pengundi Cina akan lebih selektif untuk tidak memenangkan Guan Eng di DUN yang beliau bakal tandingi tetapi mereka tetap mengundi calon-calon DAP yang berasal daripada Pulau Pinang.

Apakah PRU14 ini akan menjadi medan terakhir untuk Guan Eng kerana ditolak pengundi-pengundi Pulau Pinang?

Kita tunggu dan lihat.

About Keruing Hitam

Check Also

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *