Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Nga Kor Ming Kesal Siarkan Foto PM, Isteri Di Facebook

Nga Kor Ming Kesal Siarkan Foto PM, Isteri Di Facebook

Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming menzahirkan perasaan kesalnya yang mendalam kerana menyiarkan sekeping foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bersama-sama beberapa anggota Kabinet dalam laman Facebooknya pada Mac tahun lepas.

Dalam kenyataannya bagi tujuan merekodkan persetujuan penghakiman persetujuan, yang dibacakan peguamnya, Alex Tan Chie Sian di Mahkamah Tinggi, Nga berkata dalam semangat muhibbah, beliau menarik balik komen berkaitan gambar itu dan berjanji tidak akan menyiarkan perkara serupa pada masa akan datang.

“Saya difahamkan bahawa gambar yang dimaksudkan itu diambil di China ketika Perdana menteri membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia apabila mendapat perkhabaran tentang kemangkatan Sultan Perak, Azlan Shah, dan oleh itu, saya menyatakan perasaan kesal yang amat mendalam kerana gambar itu telah disalah anggap dan dilihat secara di luar konteks,” katanya.

Sehubungan itu, saman fitnah yang difailkan perdana menteri dan isteri tehadap Nga berhubung gambar yang disiarkan Nga dalam laman Facebooknya selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju terhadap penghakiman persetujuan.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib and Rosmah, berkata susulan kepada kenyataan Nga itu, kliennya bersetuju menerima penghakiman persetujuan, yang direkodkan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid.

Mohd Hafarizam juga memberitahu mahkamah bahawa berikutan keikhlasan Nga dalam menzahirkan kekesalan mendalam, kesediaan menarik balik komen dan janjinya untuk tidak akan menyiarkan perkara sama pada masa akan datang, maka plaintif (Najib dan Rosmah) menerima kenyataan yang dibuat defendan.

Peguam itu berkata klien beliau mengarahkan agar Nga memuat naik kenyataannya yang dibacakan di mahkamah hari ini dalam akaun dan laman Facebooknya dalam masa tujuh hari mulai hari ini dan penghakiman persetujuan itu perlulah dianggap sebagai penyelesaian secara penuh dan muktamad daripada semua punca tindakan, dakwaan, tuntutan serta kos dan perkara itu diselesaikan tanpa perintah berkaitan kos.

Pada 11 Jun tahun lepas, Najib, dalam kedudukan peribadinya, dan Rosmah, memfailkan saman terhadap Nga dengan mendakwa bahawa pada 29 Mac 2015, defendan memuat naik sekeping foto mereka bersama-sama beberapa anggota Kabinet dan pegawai kanan Wisma Putra dalam akaun Facebooknya, yang didakwa diiringi dengan kata-kata yang merendah-rendahkan mereka.

Plaintif mendakwa tulisan Nga itu memfitnah mereka dan mudah diakses para pengguna Internet di seluruh dunia.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *