A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Nelayan bantah rancangan tambak di P. Pinang

Nelayan bantah rancangan tambak di P. Pinang

Kira-kira 200 nelayan pantai Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman di perairan Tanjong Tokong pada Sabtu bagi menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP mengkaji semula projek tambakan laut yang menjejaskan pendapatan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang Nazri Ahmad berkata projek tambakan laut bagi membina tiga pulau buatan itu dilihat mendatangkan kesan buruk kepada nelayan dan ekosistem di perairan itu.

“Antara masalah yang dihadapi nelayan ekoran daripada projek itu ialah keselamatan perairan terganggu disebabkan lalu lintas (perairan) sibuk dengan kapal-kapal yang membawa batu dan pasir untuk kerja menambun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 200 nelayan dari Unit Nelayan Tanjong Tokong, Seberang Perai, Teluk Bahang, Pulau Pinang Selatan dan Hujung Batu mengadakan perhimpunan aman dengan menaiki 50 bot di perairan Tanjong Tokong.

Nazri berkata sebelum ini, pihaknya sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab namun, ia tidak diendahkan.

Sementara itu, timbalan pengerusi persatuan berkenaan Mahadi Md Rodzi turut menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membenarkan pemaju sewenang-wenangnya menjalankan kegiatan pembangunan di kawasan perairan itu tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

“Mereka perlu rujuk persatuan nelayan dahulu yang semestinya lebih peka tentang hal ehwal kegiatan nelayan di sini dan bukannya memikirkan soal keuntungan semata-mata.

“Kes ini sudah berlarutan selama tiga tahun, jadi mereka perlulah menggunakan saluran yang betul iaitu berbincang dengan kami supaya masalah ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Mahadi berkata projek tambakan laut itu turut menyebabkan kualiti air laut semakin terjejas seterusnya mengurangkan pendapatan nelayan yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *