A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, Shafie digantung keahlian

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, Shafie digantung keahlian

24 JUN : Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sah dipecat daripada UMNO pada Jumaat sementara Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian serta-merta sehingga laporan penuh Lembaga Disiplin siap.

Najib PC 1Keputusan tersebut diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat ketetapan pada hari ini.

Najib berkata tindakan ketiga-tiga pemimpin UMNO tersebut yang duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang adalah tidak dapat diterima, tambahan mereka pula sering mengkritik dan mengecam pimpinan utama parti.

“MT mengambil keputusan secara sebulat suara untuk memecat Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir di atas pelanggaran disiplin lebih-lebih lagi bila mereka berada di atas pentas bersama pemimpin pembangkang menyerang pimpinan dan parti, itu merupakan kesalahan besar.

Najib PC 3“Oleh itu berdasarkan kelakuan tersebut MT sebulat suara mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut dan untuk Shafie Apdal MT mengambil keputusan menggantung keahliannya sehingga laporan diterima daripada jawatankuasa disiplin,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di PWTC selepas mempengerusikan mesyuarat MT hari ini.

Pada Febuari lalu, Muhyiddin telah digantung daripada jawatan timbalan presiden UMNO selepas beliau digugurkan daripada jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Manakala Mukhriz dan Shafie sebelum ini juga turut lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu sama membabitkan pemimpin nombor satu parti itu.

MT UMNO 2016

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *