A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MP Sipitang, Sapawi terlibat kemalangan

MP Sipitang, Sapawi terlibat kemalangan

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km18.5, Jalan Beaufort-Sipitang petang Ahad selepas kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mohd Azmir Abdul Razak berkata, bagaimanapun dalam kejadian pada kira-kira 4.10 petang itu, Sapawi yang duduk di kerusi penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda cuma mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.

imageKatanya pemandu kenderaan dinaiki Sapawi dikenali sebagai Abdul Madi Awangku mengalami kecederaan parah di bahagian kaki manakala seorang lagi penumpang kenderaan dikenali sebagai Mohd Dzul Mohd Kassim juga hanya cedera ringan di kepala.

Katanya pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan itu dikenali sebagai Zarbaniah Maritus turut mengalami kecederaan parah di kaki.

Mohd Azmir berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki bersendirian oleh Zarbaniah dari arah Beaufort ke Sipitang telah terbabas dan memasuki lorong bertentangan lalu melanggar kenderaan dinaiki Sapawi.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *